11 Cara Untuk Rehidrat Diri Anda Ketika Puasa. Ini Bukan Iklan 100 Plus!

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita semua melawan dahaga dari Subuh ke Marhrib, tidak mudah bukan? Pakar dietetik Muslim ini, Nour El-Zibdeh berkongsi cara-cara untuk kekal sihat dan terhidrat sepanjang Ramadhan.

1. Jangan sekali-kali berbuka puasa dengan minuman manis!




Sudah menjadi budaya kita membeli pelbagai jenis minuman manis di bazar Ramadhan untuk berbuka puasa. Bukan segelas, tetapi bergelas-gelas. Tahukah anda, tabiat ini boleh membawa kepada kenaikan berat badan?

2. Sentiasa amalkan minum AIR KOSONG untuk berbuka!




Air kosong lebih baik untuk hidrasi dan mengekalkan fungsi fisiologi badan, contohnya melaritkan mineral dan nutrisi makanan untuk mudah diserap oleh badan.

3. Semasa sahur, minum DUA gelas air kosong.




1 gelas bersamaan dengan 250 mls air, jadi anda minum sekurang-kurangnya 500 mls semasa sahur.

4. Berbuka puasa dengan DUA gelas air kosong dan beberapa biji kurma setiap hari.




Makan kurma semasa berbuka bukan sekadar sunnah Rasulullah SAW, kurma adlaah makanan yang sangat baik untuk mengekalkan hidrasi kerana mengandungi sumber gula semulajadi yang membantu badan menyimpan air selain menjadi sumber tenaga untuk anda!

5. Bawa botol air bersaiz 1.5L semasa solat terawih atau qiam.




... atau jika anda ke mana-mana sekalipun. 1.5 liter adalah saiz satu botol besar air mineral dan pastikan anda menghabiskannya.

6. Bawa botol air ke tempat tidur anda semasa hendak tidur untuk anda minum jika tersedar di waktu malam.




Ketahui keperluan air badan anda dan berusahalah untuk mencapai target tersebut. Anda juga boleh tandakan di botol air anda jumlah air yang perlu dihabiskan pada masa yang tertentu.

7. Gunakan formula ini untuk mengetahui berapa banyak air yang perlu anda minum setiap hari di antara waktu berbuka dan bersahur


Berat (Kg) x 33 = Jumlah air yang perlu diminum (mls)

Contoh: Berat 65 kg perlu minum 2145 mls bersamaan 2.145 Liter air.

NB: 1 kg = 2.2 Pounds, 1 oz = 30 mls

8. Minum 4 gelas air berturut-turut tidak memberi manfaat kepada tubuh anda




Air yang diminum dalam jumlah yang besar sekaligus tidak akan dapat diserap dan digunakan oleh tubuh anda dengan optimum. Jadi, minumlah sedikit-sedikit sepanjang malam.

9. Makanlah makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi




Contohnya timun, tomato, tembikai dan epal mempunyai kandungan air yang tinggi untuk membantu mengkealkan hidrasi tubuh. Amalakan salad sayur-suran dan buah-buahan semasa berbuka dan 'smoothie' semasa bersahur benrbanding makanan bergoreng kerana makanan ini membantu memberi tubuh anda lebih banyak air.

10. Kurangkan aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh dan jauhi tempat yang panas dan lembap.




Jika anda banyak menghabiskan masa di luar, carilah tempat yang berteduh. Al-ZIbdeh juga tidak menyarankan sukan berat sepanjang Ramadhan.

11. Jangan minum minuman manis, ini serius!




0 comment... add one now