3 kesan jika Kedai Mamak dilarang beroperasi 24jam

Kedai mamak memang sinonim dengan kedai makan yang tak pernah tutup tetapi apa akan terjadi jika kerajaan melarang kedai-kedai mamak ini beroperasi 24 jam?

1. Hilang "port" untuk menonton perlawanan bola beramai-ramai.

Peminat bola berkumpul di Kedai Mamak. Foto: Malaysia Blues Army


Bermodalkan teh o ais rm1.70, anda boleh menonton bola ala-ala berada di stadium. Kebanyakkan perlawanan bola sepak berlangsung lewat malam, dan Kedai Mamak adalah tempat paling strategik bagi peminat bola sepak menyaksikan pasukan pilihan mereka beraksi .

2. Tiada sessi "post mortem" lepas berfutsal.

Majoriti aktiviti futsal berlangsung di waktu malam. Foto:Google
Selepas berpeluh-peluh bermain futsal, mesti nak kena minum air kan? Jadi, kedai mamak menjadi sasaran kaki-kaki futsal untuk lepak sambil membahaskan aksi mereka di gelanggang futsal.

3. Di mana nak makan selepas penat berjalan di Uptown?
Membeli-belah di lewat malam di Uptown. Foto: Google
Kedai Mamak juga menjadi target kaki shopping di Uptown untuk makan dan minum di lewat malam. Dah banyak berjalan tu mesti perlukan RnR sebelum pulang ke rumah masing-masing.


Jadi, akan menjadi satu kehilangan dalam komuniti rakyat Malaysia jika Kedai Mamak ini dilarang beroperasi lewat malam.


0 comment... add one now