5 Tips Hasilkan Anak Cemerlang Tanpa Perlu Sebiji Kismis Minda Pun !

Tak tahu sama ada korang setuju atau tidak, menjadi ibu bapa untuk anak-anak zaman sekarang lebih mencabar daripada zaman mak ayah kita dulu. Dulu, marah, rotan, kurung dalam bilik air dah jadi trend ibu bapa zaman 80-an dan 90-an untuk didik anak-anak. Tapi hasilnya memang menjadi. Tapi untuk anak-anak zaman sekarang, banyak perkara dan cara didikan yang kita perlu ubah. Semalam ada seorang sahabat ni bertanya,” Macammana anak-anak ko boleh behave mcm ni ya?”. Tak tahulah cara didikan ni betul atau tak tapi itulah yang diamalkan oleh saya selama hampir 7 tahun ni.

1. Sentiasa memaafkan kesalahan anak-anak



Kalau anak-anak tumpahkan air, tumpahkan makanan, sepahkan barang mainan; cara yang terbaik adalah memaafkan. Kalau anak saya tumpahkan air, mereka akan beritahu “Mama, sori, saya tertumpahkan air”. Saya akan balas “Tak apa sayang, it’s ok..nanti mama lapkan. Lepas ni hati-hati ya supaya air tak tumpah”. Kalau korang nak tahu, pertama kali anak buat kesalahan masa kecil, mereka tak pun kata “mama,sori………”. Sebab apa? Bila pertama kali buat salah, mereka akan diam, takut kita marah. Tapi disebabkan kita sebagai ibu bapa beritahu mereka, “tak apa, nanti mama lapkan.lepas ni hati-hati ya.” So dalam pemikiran anak-anak kita, “tak apa rupanya kalau buat salah, nanti lepas ni boleh cuba betulkan” . Berbeza dengan kalau bila dia tumpahkan air, kita marah “ LA! MACAMMANA BOLEH TUMPAH NI! LAIN KALI PEGANG LA CAWAN ELOK-ELOK! KAN DAH TUMPAH!”. Kalau keadaan macam ni, percayalah, lepas ni kalau dia ada buat salah, memang dia akan cuba tutup kesalahan dia dengan apa cara sekalipun atas alasan, “kalau beritahu mama, mama akan marah”. Sebab itu adalah persepsi anak-anak anda pada anda yang kadangkala anda tidak sedar. Sehinggakan pernah saya lihat, seorang anak lelaki rakan berusia 4 tahun makan buah limau, tapi masa makan tu, jus dari buah tu tumpah meleleh-leleh ke atas lantai. Dia dengan segera duduk di atas jus yang tumpah tu. Bila rakan saya perasan dia duduk di situ, rakan saya panggil duduk di atas kerusi.Dia tak mahu.Kenapa ek? Fikir-fikirkanlah..

2. Sentiasa memberi pujian dan ucapkan terima kasih dari sekecil-kecil perbuatan sehingga sebesar-besar pencapaian.



Tentang hal ni, rasanya semua ibu bapa dah tahu. Cuma kadang-kala kita terlepas pandang. Seboleh-bolehnya, jangan masa anak kita berjaya buat sesuatu yang kita banggakan sahaja kita beri pujian melambung. Tapi bila anak-anak kemaskan barang permainan yang bersepah, basuh pinggan, mandi sendiri; kita lupa nak puji. Apa salahnya puji dan ucapkan terima kasih atas perbuatan baik mereka. Bagi saya, setiap kali anak-anak contohnya, buang sampah di tong sampah, kemas barang mainan, kongsi makanan sesame adik-beradik; saya akan puji dan ucap terima kasih supaya anak-anak kita tahu kita menghargai perbuatan mereka dan mereka rasa berguna dan berharga.

3. Sentiasa meminta maaf kepada anak-anak sekiranya kita melakukan kesalahan.



Yang ni super duper penting! Sentiasa meminta maaf pada anak-anak kalau uols yang lakukan kesalahan. Rakan saya pernah ajukan soalan kepada saya “ Kenapa u selalu say sorry pada anak-anak u? Kita kan parents.” Maafla kalau saya tak setuju dengan pendapat kata, kita ibubapa, kita satu tahap lebih dari anak-anak kita dan anak-anak perlu hormat kita. Memang betul anak-anak perlu hormat kita tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu hormat perasaan mereka. Tak jatuh ego pun minta maaf pada anak-anak. Alasan saya: supaya anak-anak kita tahu, bila dia buat apa-apa kesalahan, dia perlu minta maaf kepada orang yang dia buat salah tu. Kalau dia tengok ibu bapa buat salah, tapi tak minta maaf pun, pastu nak suruh anak kita minta maaf pada kita kalau mereka lakukan kesalahan, tak ke macam ketam ajar anak dia jalan tegak jer.

4. Sentiasa berikan pelukan kasih-sayang


Sebab apa pentingnya pelukan buat anak-anak? Selain daripada membentuk hubungan yang positif antara kita dan anak-anak, pelukan juga dapat membentuk persekitaran yang menyebabkan anak-anak boleh belajar dengan kehendak sendiri. Peluklah bila-bila pun.. Tak perlu keluarkan duit pun kan?

5. Sentiasa menjadi pendengar yang setia


Semasa anak-anak kita kecil la kita perlu menjadi pendengar dia yang setia. Tidak kira sama ada kita rasakan apa yang mereka ceritakan itu adalah perkara kecil, kita perlu mendengar dan tunjukkan pada mereka yang kita benar-benar mendengar apa yang mereka cuba luahkan. Sebab apa? Walaupun pada diri kita ianya perkara yang tidak penting, tetapi kepada mereka ianya adalah perkara yang sangat penting dalam hidup mereka. Percayalah, bila kita mendengar dari mereka kecil, mereka akan berkongsi segala apa pun masalah suka duka mereka semasa mereka remaja dan dewasa. Terima kasih mak menjadi pendengar yang setia dan menjadikan saya seorang ibu yang suka mendengar.

Selamat menjadikan anak-anak dan ibu bapa yang cemerlang!


0 comment... add one now