7 Fakta yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berkahwin


Perkahwinan bukannya seperti kisah-kisah dongeng yang berakhir dengan "they lived happily forever ever after", bahkan hubungan antara dua insan memerlukan usaha. Berikut merupakan beberapa fakta saintifik yang boleh membantu anda mengekalkan hubungan rumah tangga anda.

1. Tunggu sehingga anda sekurang-kurangya berumur 23 tahun.


Pada tahun 2014, sebuah kajian oleh University of Pennsylvania menemui 60% pasangan yang berkahwin pada umur 18 tahun akan bercerai, berbanding pasangan yang menanti sehingga mencapai umur yang lebih matang pada 23 tahun dengan kadar penceraian cuma kira-kira 30%.



2. “Mabuk cinta” cuma setahun.

Menurut seorang psikologist dari Monmouth University, Gary W. Lewandowski Jr. , fasa bulan madu dengan “tahap keberahian bercinta yang tinggi” dan “perasaan tarikan yang membuak-buak dan keghairan” serta idealisasi Si Dia tidak akan kekal selamanya.



3. Lambat-laun anda akan sedar anda tidak lagi hidup untuk anda seorang.


Bila anda hidup bersama, anda akan menyedari anda mempunyai keutamaan berbeza dan tahap toleransi yang berlainan – contohnya: apa yang anda takrifkan sebgai masalah dan bukan masalah.


4. Serlahkan keterujaan bila mendengar khabar baik dari pasangan anda

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pasangan yang meraikan berita gembira (berbanding tidak mengendahkan secara aktif atau pasif) mempunyai kadar perhubungan yang lebih sihat.


5. Pernikahan yang paling bahagia adalah antara kawan baik.

Kajian oleh National Bureau of Economic Research pada tahun 2014 menyimpulkan bahawa hubungan persahabatan berkait rapat dengan hubungan pernikahan dan tahap kepuasan hidup.


6. Semakin rapat umur pasangan, semakin kurang kemungkinan perceraian.

Satu kajian oleh Emory University menemukan kemungkinan perceraian pasangan dengan jarak umur 5 tahun cuma 18%, berbanding 39% pada pasangan dengan jarak umur 10 tahun.

7. Perasaan menyampah akan muncul pantas bila tidak melakukan kerja rumah bersama

Lebih 60% pasangan bersetuju bahawa melakukan kerja-kerja rumah memainkan peranan penting dalam mencapai perkahwinan yang bahagia. Malah, anda akan jimat lebih masa sekiranya setiap seorang menumpukan pada kerja yang anda mahir – pasangan anda memasak dan anda mencuci pinggan.



0 comment... add one now