Mengapa Cursor “Mouse” Dicipta Senget Dan Bukannya Lurus Menegak?

Pernahkah anda terfikir mengapa cursor di screen computer anda senget 45⁰ ke kiri dan bukannya lurus menegak ke atas?

Internet Explorer? Yeah

Sebabnya tidaklah serumit yang anda fikirkan. Tiada teori konspirasi ataupun agenda illuminati di sebalik kejadian ini.

Kualiti grafik yang buruk


Carta alir menunjukkan ikon kursor yang pertama

Ketika komputer masih di dalam proses awal pembangunannya, kualiti grafik pada waktu itu masih di tahap “primitif”.

Disebabkan oleh itu, syarikat Xerox mendapati adalah sangat sukar untuk melihat ikon kursor di skrin komputer.

Untuk menyelesaikan masalah ini, syarikat Xerox membuat keputusan kreatif untuk mencondongkan ikon kursor tersebut sebanyak 45⁰ ke kiri untuk memudahkan kursor tersebut dilihat.

Mouse pertama yang dicipta



Setelah lebih 30 tahun, idea syarikat Xerox itu masih kekal dan ikon kursor di skrin komputer anda kekal condong walaupun tahap grafik komputer masa kini sudah jauh berubah.

0 comment... add one now