10 Jawapan Sentap Kepada Soalan "Bila Nak Kahwin?"

Di musim perayaan ini, pasti kita semua akan kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara, jiran tetangga dan rakan taulan. Apabila sudah berjumpa, banyak pula topik yang akan dibualkan, kan?

Bagi yang sudah mencapai usia perkahwinan (biasnaya yang sudah tamat ijazah dan berkerja), antara soalan paling popular yang akan dilontar ialah:


Atau soalan-soalan lain yang sewaktu dengannya seperti:
Bila lagi nak merasa nasi minyak kamu ni?
Kamu tak teringin ke nak berumahtangga macam abang/adik/kakak/sepupu kamu?
Nak tunggu apa lagi? Ke tunggu putera/puteri raja datang meminang baru nak kahwin?

Adakalanya, kita ditanya soalan yang sama berkali-kali oleh ahli keluarga atau rakan-rakan yang berlainan. Sampai naik muak!

Jawapan-jawapan selamat ala artis seperti
Tiada jodoh lagi/Belum sampai jodoh
 Doakanlah saya, iAllah akan sampai waktunya
No comment (err...) 
... tidak lagi boleh diterima. Khusus untuk anda, kami sediakan skema jawapan kepada soalan popular ini. Semoga bermanfaat!

  1. InsyaAllah cuti sekolah nanti, jemputlah datang. Cuma tahun je tak tahu lagi
  2. Alhamdulilah, saya masih mampu menahan nafsu serakah. Bagi peluang kepada yang lain dulu (Atau: Dah tak gatal!)
  3. Itulah, sebenarnya saya masih menunggu orang sponsor/taja majlis. Alhamdulilah Makcik/Pakcik nampak berminat.
  4. Emm, saya akan jawab kalau Makcik/Pakcik jawab soalan saya dulu. Bila ajal Makcik/Pakcik yea? Kalau dah tahu awal-awal, jangan lupa jemput saya...Jodoh dan ajal kan di tangan Allah.
  5. Makcik/Pakcik bila nak bercerai yea? Tunggu Makcik/Pakcik jadi janda/duda, kemudian kita terus langsungkan
    .
  6. (Untuk orang yang berani, bagi Pakcik/Makcik terbeliak sikit) Emm, nikah sesama jantina hukumnya Haram di sisi agama, kan Makcik/Pakcik? Apa patut saya buat yea?
  7. (Untuk lelaki yang lebih berani) Bukan saya menolak jodoh, tetapi doktor sudah sahkan saya menghidapi Erectile dysfunction (mati pucuk). Saya enggan menzalimi isteri (kemudian menangis sepenuh hati)
  8. Kenapa, orang tak kahwin tak boleh raya ke?
  9. Setiap tahun tanya soalan ni, tak bosan ke?
  10. Dan ini, jawapan paling hangat:

  11. Semoga bermanfaat!

0 comment... add one now