5 KUNCI MERAIH KEJAYAAN DALAM HIDUP!

1. KUNCI KEMULIAAN.


Kita hendaklah taat kepada Allah S.W.T dan RasulNya.

"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya. Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan (kalimat) yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya..." (QS. Fatir: 10)

2. KUNCI IMAN.


Menghayati kata-kata Allah S.W.T dan kebesaranNya yang ditunjukkan kepada seluruh makhluk ciptaanNya.  Setiap saat dan waktu, cubalah perbaiki iman kita, agar lebih baik daripada semalam. Ingatlah, selangkah kita mendekatkan diri kita dengan Allah, seribu langkah Allah datang kepada kita. 

3. KUNCI SYURGA.


Sebagai seorang Islam kita haruslah mengEsakan Allah S.W.T. Jangan sesekali meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam. Sentiasa taat kepada kedua ibu bapa.

4. KUNCI REZEKI.



Dalam mencari rezeki, kita perlulah berusaha dan bertawakal disertai dengan istighfar dan ketaqwaan. Amalkan solat Dhuha setiap hari, In Shaa Allah pintu rezekimu akan terbuka. Dan jangan lupa..sentiasa bersedekah.. Sentiasa ingat, dalam rezeki yang kita terima, ada bahagian orang lain di dalamnya.


5. KUNCI KEBAIKAN.

Kunci kebaikan adalah kejujuran dan istiqamah dalam hidup.

Dari Sufyan Bin Abdillah Ats-Tsaqafi, beliau berkata,” Wahai Rasulullah, Katakan kepadaku tentang Islam suatu perkataan yang saya tidak perlu bertanya tentang hal itu kepada seorang pun setelah Mu.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda “ Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah”. 








0 comment... add one now