7 Fakta Menarik Tentang Orang Kidal Yang Tak Ramai Yang Tahu

Siapa kat sini kidal? Tak ramai yang tahu tentang KIDAL kan... Hanya tahu kidal tu maksudnya, mereka yang tangan kiri dominan.. Di sini ada 7 fakta menarik tentang KIDAL  yang kita tak tahu.




  1. Lebih kurang 10-12% dari jumlah populasi manusia adalah kidal.

    Ini adalah peratusan secara amnya, dan ianya lebih banyak di kalangan lelaki berbanding wanita.

  2. Hari Kidal Sedunia disambut pada 13 Ogos setiap tahun


    Sambutan yang pertama telah diadakan pada tahun 1976. Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi oleh kumpulan minoriti yang hidup di kalangan majoriti yang bertangan kanan.

  3. Orang Kidal lebih bijak?

    Sebuah pertandingan IQ telah diadakan di United Kingdom, dan keputusan menunjukkan bahawa orang kidal secara puratanya mempunyai markah lebih tinggi berbanding orang yang bertangan kanan

  4. Kidal bermula dari dalam rahim?
    Sebuah kajian yang diterbitkan oleh New Scientist Print Edition pada 2004, menyatakan bahawa dominasi penggunaan tangan boleh berlaku seawal usia 10 minggu bayi dalam kandungan.



  5. Risiko Kanser Payudara
    Satu jurnal perubatan pada tahun 2005 mengeluarkan kenyataan ini setelah kajian dilakukan di kalangan 12000 wanita dalam satu populasi. Mereka menghubungkan faktor kadar hormon seksual di dalam rahim wanita kidal lebih tinggi berbanding wanita bertangan kanan ketika mengandung, di mana ia memberi kesan kepada faktor pertumbuhan tumor dalam tisu payudara pada bayi tersebut kelak.



  6. Usia ibu mengandung dan anak kidal
    Sebuah kajian telah dilakukan, dan didapati wanita yang mengandung di usia 40 an mempunyai lebih peluang untuk mendapat anak yang kidal berbanding ibu di usia 20 an




  7. Keturunan diraja dan kidal
    Tahukah anda yang kidal ini merupakan sesuatu yang boleh diturunkan di dalam keluarga? Salah satu keluarga diraja yang popular ialah dari keturunan Raja British, seperti Queen Elizabeth II, Prince Charles dan Prince Williams.


0 comment... add one now