7 Perkara Yang Harus Dielakkan Ketika Beraya Ke Rumah Awek/Bakal Mertua Anda

Hari raya menjelang lagi. Sudah tentunya hari raya membawa seribu satu makna kepada kita semua tanpa mengira lapisan peringkat usia.

Bagi anak-anak muda, hari raya adalah hari untuk bergembira. Hari untuk bersuka ria. Berjumpa rakan taulan yang lama tidak kelihatan dan makan makanan secara berlebihan. Tetapi, jangan dilupakan, hari raya juga membawa seribu satu erti yang baru untuk golongan-golongan muda berpasangan yang berhajat ingin memaktubkan ikatan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Bagi mereka, hari raya adalah peluang terbaik untuk berkunjung ke rumah bakal mertua kerana pada hari rayalah "open house" diadakan dan peluang terhidang seperti itu sukar dilepaskan.

Berikut adalah beberapa panduan penting untuk mereka yang mengintai peluang menambat hati bakal mertua pada hari raya ini.


1. Spek hitam




Tidak kiralah jika anda hensem seperti Fizo Omar ataupun hero hindustan sekalipun. Beraya dengan memakai spek hitam bakal membuatkan anda kelihatan super poyo serta bakal menerbitkan perasaan annoyed di sanubari bakal mertua anda. 

Jika anda terpengaruh dengan filem-filem aksi yang sering anda lihat di TV, anda harus ingat bakal mertua anda tidak mahukan seorang hero tamil untuk mengahwini anaknya. Cukuplah dengan berlatih senyum di hadapan cermin untuk menambat hati bakal mertua anda.




2. Baju Melayu jenis LBGT



Sekarang ini banyak baju-baju melayu jenis baru yang diinspirasikan dari kreativiti minda dan imaginasi anak-anak muda tempatan. Kebanyakan dari mereka memang berbakat. Mereka berjaya memberi “nafas” baru untuk pakaian tradisi orang Melayu. 

Namun, tidak semua “nafas” tersebut adalah “menyenangkan”. Sesetengah dari baju Melayu yang dipamer di media-media sosial kelihatannya seperti lebih diinspirasikan oleh fantasi seks para perekanya dan bukannya kreativiti sendiri. 

Oleh itu, tarik nafas panjang dan berfikirlah 2,3 jenak sebelum membuat keputusan drastik memakai baju-baju tersebut untuk menghadap bakal mertua anda. Kerana anda mungkin bakal dibanned seumur hidup dari memasuki kampung tersebut selepas ini.


3. Berborak pasal bisnes/ kerjaya anda


Sudah tentunya anda ingin membuat first impression yang bagus ketika pertama kali bertentang mata dengan bakal mertua anda. Namun anda harus ingat ini bukanlah interview kerja dan tidak perlulah bercakap panjang lebar mengenai resume, CV mahupun portfolio pekerjaan anda sekarang. 

Memadailah dengan berkata bahawa anda mempunyai pekerjaan dan mampu menjaga dan menyara bakal isteri dan keluarga anda nanti. InsyaAllah.




4. Lupa menukar ringtone handphone anda

Elakkan ringtone yang boleh menyebabkan keguguran jantung seperti bunyi meriam buluh

Diakui, ianya mungkin kelakar semasa anda meletakkan suara pelesit menjerit sebagai ringtone handphone anda. Sesetengah dari kawan-kawan anda juga mungkin menganggapnya kelakar dan anda mendapat bonus point sebagai funny man di kalangan mereka. 

Namun, adalah kurang berwawasan jika ringtone terpekik terlolong tersebut berkumandang ketika anda sedang berbicara serius mengenai urusan perkahwinan serta hala tuju masa depan anda bersama bakal mertua anda.




5. Tidak memakai stokin

General rule tamadun manusia telah menyatakan. Jika anda berkasut, maka anda harus berstoking. 

Stoking, ataupun sarung kaki dicipta bukan sahaja untuk keselesaan anda malah untuk mengelakkan pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan bau kaki anda berkumandang mengalahkan lagu raya. 

Anda mesti tidak mahukan bakal mertua anda terkena serangan jantung akibat dari bau kaki anda yang menyumbat arteri-arteri jantung mereka dan menyebabkan bakal isteri anda menjadi yatim-piatu.




6. Memanggil teman wanita anda dengan gelaran manja


Anda semestinya mempunyai panggilan tertentu untuk awek anda, seperti “Sayang”, “Bi”, “Mama” ataupun “Honey Boo Boo”. 

Namun adalah kurang elok jika anda memanggil nama-nama manja tersebut kepada awek anda ketika beraya di rumahnya. Lebih-lebih lagi jika awek anda seorang yang bebas pergaulan ketika di KL dan terpaksa berlagak sopan ketika raya kerana ayahnya adalah seorang bilal kampung. 

Boleh tersedak kopi Pak Aji tersebut jika anda bercakap dengan awek anda “Cayunk, tandas kat mane? Bi nak tencin”.




7. Bercakap mengenai masalah ekonomi negara

Hanya ada 2 sebab seseorang itu bercakap pasal ekonomi negara sekarang ini. Sama ada seseorang itu ialah pro-kerajaan ataupun orang tersebut ialah pro-pembangkang, dan anda tidak akan tahu which is which. 

Jadi lebih baik elakkan dari terjerumus ke lembah kegelapan dengan bercakap mengenai situasi ekonomi ataupun politik semasa tidak kira how tempting it looks. 

Hakikatnya, negara ini memang berada di dalam situasi ekonomi yang meruncing, namun anda tidak boleh menang jika bakal mertua anda menggunakan argument seperti “Tu laa. Pakcik da cakap dulu. Ni semua agenda yahudi”. 

Hanya angguk kepala anda dan sedut air sirap di atas meja di hadapan anda dengan perlahan-lahan.

0 comment... add one now