Agenda eksperimen rahsia Facebook ke atas kita semua yang kita tidak pernah tahu.

Eksperimen Rahsia Facebook 


Adakah anda salah satu mangsa?
Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Facebook telah berjaya mengubah bagaimana cara manusia berkomunikasi dan berhubung sesama manusia.

Dari satu idea, Facebook telah diilhamkan oleh 5 orang pemuda yang bercita-cita tinggi, Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Andrew Hughes dan yang paling popular diantara mereka, seorang drop-out Universiti Harvard yang dikenali sebagai Mark Zuckernberg.
Namun adakah kita tahu bahawa Facebook kini telah mengambil peranan aktif dalam mengawal kehidupan seharian kita semua sebagai penggunanya dan bukan lagi sekadar memberi kita khabar berita mengenai kenalan kita di "newsfeed"?

Mengeksperimen terhadap pengguna Facebook

Isu ini menjadi heboh apabila akhbar utama dunia seperti The Guardian (UK) melaporkan bahawa Facebook telah melakukan eksperimen sosial tanpa sebarang kebenaran penggunanya. Ini dibuktikan lagi apabila orang no 2 Facebook, Sheryl Sandberg mengakui sendiri bahawa Facebook telah melakukan eksperimen sosial secara rahsia terhadap sekurang-kurangnya 700,000 pengguna Facebook pada tahun 2012 dan beliau memohon maaf untuk tindakan syarikatnya itu.

Eksperimen sosial tersebut telah dilakukan untuk melihat jika Facebook mampu mempengaruhi emosi, perasaan serta tindak tanduk manusia melalui cara mengawal elemen yang muncul di “newsfeed” anda serta perkara viral yang menyebabkan anda menekan butang "like" atau "share".

Facebook telah secara sengaja “mempamerkan” dan “menyembunyikan” sesetengah benda untuk tatapan penggunanya untuk melihat jika kita mampu dipengaruhi.

Alat pemasaran


Mark Zuckerberg

Sudah tentunya Facebook tidak akan menjadi syarikat yang bernilai berpuluh billion dollar jika para pelaburnya tidak mendapat keuntungan yang besar dari aplikasi Facebook ini.

Cuba bayangkan syarikat-syarikat besar yang mahukan anda membeli produk mereka. Sudah tentunya eksperimen Facebook ini mampu mempengaruhi kita untuk menyokong ataupun membeli produk sesetengah syarikat yang mengiklan secara besar-besaran di Facebook.

Mempengaruhi tindak-tanduk manusia

Manusia secara amnya adalah makhluk yang mempunyai respon yang mendalam terhadap sebarang impuls yang dialami.

Selepas ini parti-parti politik tidak lagi perlu bersusah payah untuk “menjaja” manifesto mereka jika mereka mampu mencetuskan sokongan dari dalam diri pengguna Facebook itu sendiri apabila mereka mampu mengawal cara pengguna-pengguna Facebook itu berfikir.

Sama seperti media masa television ataupun suratkhabar yang selama ini berjaya “mencuci” minda kita semua melalui propaganda dan berita yang berat sebelah, Facebook kini mampu menjadi alat yang lebih berkuasa kerana ia berjaya membuatkan kita dipengaruhi tanpa sedar.




"Emotion Contagion"


Walaupun isu tersebut telah reda slepas tahun 2012, ramai pakar teknologi mengatakan bahawa eskperimen sosial Facebook masih berlangsung malaha kini lebih ramai pengguna yang telah dieksperimentasikan.

Antara yang terbaru adalah mengenai kempen “Rainbow Flag” yang mewarnai profile picture pengguna Facebook di seluruh dunia yang meraikan kegilaan perkahwinan sesama jenis di US. 

Sesetengah pakar mengatakan bahawa “Rainbow Flag” adalah satu eksperimen untuk melihat bagaimana manusia senang dipengaruhi oleh sesuatu berita yang dianggap sensasi ataupun popular.

Sepertimana fenomena “Arab Spring” yang telah banyak dijayakan oleh media sosial seperti Twitter serta Facebook itu sendiri. Kemungkinan besarnya ada tangan-tangan senyap dari Silicon Valley yang ingin mencorakkan sesuatu peristiwa itu mengikut acuan kuasa-kuasa besar.

"Emotion Contagion" merupakan terma yang diberi untuk eksperimen-eksperimen oleh syarikat besar media sosial seperti Facebook dan Twitter ini di mana target mereka adalah untuk mempengaruhi penggunanya yang seramai berjumlah berbillion.

Masih fikir media sosial adalah bebas dan adil? Fikir semula

0 comment... add one now