Anak Muda ini Menziarahi Pesakit Tua di Pagi Raya. Kisah Yang Terakhir Akan Membuat Anda Menangis

Fenomena meninggalkan ibu bapa di hospital semasa musim perayaan bukanlah fenomena yang baru. Ustaz Zaharudin Abd Rahman telah mengulas isu ini dari segi hukum Fiqh, yang mana jika si anak melakukannya dalam keadaan yang sengaja dan terancang, maka itu adalah sejenis kederhakaan yang membawa dosa!

Gambar hiasan

Kali ini, kami bawakan sebuah kisah yang telah dikongsi oleh Encik Syed Azmi, seorang ahli Farmasi yang juga aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan. Beliau telah mengizinkan kami berkongsi kisahnya dan tips menziarahi orang-orang tua yang ditinggalkan di hospital semasa musim perayaan. Post asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh didapati di sini. Dengan izin beliai, kami telah menterjemahkannya ke Bahasa Melayu.

(AMARAN: Bacalah di tempat yang tidak ada ramai orang, kerana anda mungkin menitiskan air mata selepas ini):
Jangan menangis bila membaca tulisan ini, ini amaran dari saya. Kerana jika anda menangis, saya juga akan menangis. Janji? Ok, teruskan membaca. 
Ini bukan gambar sebenar, tiada gambar sebenar kerana ia menyalahi peraturan hospital. 
Nama saya ialah Syed Azmi. Beberapa hari yang lepas, saya telah menulis tentang igauan ngeri di musim perayaan, di mana anak-anak dengan sengaja meninggalkan ibu bapa mereka di hospital-hospital kerajaan ketika musim perayaan. Perkara sebegini berlaku di semua musim perayaan.  
Pada tahun ini, seorang rakan saya yang bertugas sebagai doktor memberitahu bahawa jumlah kes sebegini meningkat. Beliau meminta saya menziarahi para pesakit ini jika boleh, memandangkan saya tidak akan pulang beraya di kampung nenek di Kota Bharu dan akan berada di ibu kota Kuala Lumpur. Tetapi saya belum memberi jawapan kepadanya walaupun memori lama terimbau. Ia adalah satu pukulan besar kepada untuk saya. Saya mungkin akan menjadi salah seorang daripada mereka kelak. Mungkin. 
Dulu-dulu, saya sering meluangkan masa menziarahi ibu bapa yang ditinggalkan ini, kami berbual dll. Tapi saya harus akui yang ia adalah satu tugas yang berat dengan emosi.   
Walau bagaimanapun, saya telah menulis tentangnya dan meminta kita semua berdoa bersungguh-sungguh agar jumlahnya tidak terus meningkat. Memberi masa yang cukup untuk mendidik dan mengingatkan satu sama lain supaya menjadi lebih empati. Itu sahaja.
 Pada waktu itu, saya tidak menyedari bahawa ia menjadi 'viral' dan disebarluaskan, dan saya telah menerima banyak permintaan yang sama juga yang meminta nasihat. 
Post ini hanyalah satu panduan tentang cara-cara saya menziarahi mereka di hospital. Bukan panduan terbaik tetapi boleh digunakan. Sila kongsikan. 
Pertama sekali, dapatkan kebenaran melawat dari wad atau hospital. Setiap hospital akan ada cabaran yang tersendiri. Terangkan tujuan and a megawatt dengan cars yang bail. Seelok-eloknya lakukan beberapa hair sebelum lawatan.
Pada hari Raya, datanglah seawal yang mungkin ketika waktu melawat. Patuhi polisi pemakaian di wad dan jangan mengambil gambar. Ingat.  
Jika mereka belum bersarapan, bantulah mereka untuk bersarapan. 
Jika mereka perlu membersihkan dire, bantulah mereka. Namun jangan sekali-kali menghalang atau mengganggu tugas jururawat. Bantulah mereka. 
Tahun lepas, saya membawa pek Milo 3 in 1, pek biskut, buah-buahan serta air minuman. Meja sisi hospital biasanya bersiaz kecil, jade saya selalu membawa makanan dan minuman cukup untuk 2 orang sahaja.
Barangan lain yang boleh dibawa adalah tisu lembap, tuala kecil Good Morning, main pelikat, sikat ram but, berus gigi, ubat gigi, tisu dan selipar. Untuk pesakit wanita, saya juga membawa pin tudung dan tudung. 
Terpulang kepada anda sama ada anda mahu membawa hidangan raya. Jika saya pergi menziarah tahun ini, saya bercadang untuk membawa ketupat. Ini cuma cadangan saya. Bawa air kopi panas pun ok. Jangan lupa bawa untuk staf hospital juga.
Kali terakhir saya menziarah, saya bertanya kepada mereka jika mereka mahu menghubungi sesiapa. Saya mendengar perbualan telefon mereka dan perbualan tersebut adalah yang paling menyedihkan.  
Ada Pakcik yang menghubungi semua adik-beradiknya memohon kemaafan. Dia mengalirkan air mata dan hanya mahu meminta maaf di hair Raya.
Ada Makcik yang menelefon anak perempuannya. "Datanglah Su, mak ada hadiah untuk Su" (merujuk kepada pin tudung yang saya hadiahkan kepadanya).
Makcik yang lain pula menghubungi jirannya untuk bertanya khabar sambil berpesan supaya dia menjaga diri.
Seorang Pakcik yang pendiam membuat panggilan telefon yang terakhir pada hari itu. Katanya, dia mahu mendail sendiri. Dia menelefon kelima-lima orang anak-anaknya dan bercakap dengan mereka. Tetapi, apabila saya memeriksa telefon saya kemudian, dia sebenarnya tidak menelefon sesiapa pun, panggilan telefon tersebut cuma lakonan semata-mata, beliau berlakon kononnya berbual-bual dengan anak-anaknya. Saya keluar dari wad dan meninggalkan satu mesej petisuara di telefon saya. Kemudian saya kembali ke Pakcik tersebut untuk memberitahunya, "ada orang nak cakap dengan pakcik" sambil menyerahkan telefon saya kepadanya yang sedang mengulang mesej petisuara tadi yang berbunyi,"Ramai sayang ayah. Percayalah ye! Selamat Hari Raya!". Dia memandang saya sambil tersenyum. Dia adalah satu-satunya pesakit yang saya salami dan cium tangan para hari tersebut. Itulah ziarah hospital saya yang terakhir. Tiada lagi lawatan selepas itu. Adakah anda faham sekarang?
Usah bebankan diri untuk berbelanja terlalu banyak untuk membeli barang-barang yang saya sebutkan tadi. Saya cuma membawa satu atau dua barang setiap satu dan mengagihkannya kepada kira-kira 10 orang. Kami berbual ringkan. Elakkan dari banyak bertanya perihal keluarga mereka. Hari Raya adalah hari yang menggembirakan dan bukanlah satu segmen rancangan TV Bersamamu.
Jadi, harapnya tips-tips ini membantu anda. 
Adakah saya akan menziarah tahun ini... InsyaAllah.
Ia bukanlah satu majlis. Ia adalah sesuatu yang harus saya lakukan.
Syed Azmi, small lamb.
Selamat Hari Raya.

Fenomena 'anak derhaka' ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi juga berlaku di negara Barat, contohnya fenomena 'Granny dump' di Australia. Penulis pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika musim Krismas ketika berkerja di sebuah hospital di luar negara. Yang lebih perit, ia boleh berlaku sepanjang tahun. Bila sahaja pesakit dibenarkan pulang, tiada anak-anak atau saudara mara yang datang menjemput. Akhirnya, pesakit terpaksa tinggal di wad sehingga mendapat penempatan di rumah orang-orang tua, adakalanya sehingga berbulan-bulan!

Gambar hiasan

Janganlah menjadi anak derhaka, sayangilah ibu bapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita.

Jika ada kesempatan masa, kita juga boleh meluangkan masa menziarahi pesakit-pesakit ini di hospital berdekatan, jangan lupa untuk menggunakan tips yang telah anak muda ini kongsikan.

0 comment... add one now