Apa kesan meminum air Coke kepada badan anda; Hanya dalam tempoh sejam, jawapannya akan mengejutkan anda


Adakah anda pernah tertanya-tanya apa yang terjadi kepada badan anda selepas pengambilan minuman bergas seperti Coke?

Satu infografik menarik dari blog Truth Theory telah menunjukkan kesan sampingan pengambilan minuman seperti Coke terhadap badan manusia yang memudaratkan hanya sejam selepas kita meminumnya.



"Gula dan Caffeine merangsang otak mengikut cara yang sama seperti dadah cocaine dan heroine"


10 minit pertama

10 sudu gula mula memasuki system badan anda (100% keperluan gula harian anda dalam hanya satu tin Coke).

Kandungan asid fosforik di dalam minuman tersebut mengelakkan anda dari muntah akibat rasa manis yang melampau dan membolehkan anda menelan minuman tersebut.



20 minit seterusnya

Paras gula anda meningkat secara mendadak, menyebabkan insulin dalam badan anda dirembes secara mendadak.

Hati anda mula mengalami kesannya dan bertindak menukar gula berlebihan tersebut kepada lemak.



40 minit:

Minuman seperti Coke mengandungi kandungan caffeine yang tinggi selain dari gula. Pada masa ini, penyerapan caffeine mula berlaku di dalam badan anda.

Ini menyebabkan anak mata anda terbuka luas, tekanan darah meningkat naik dan sebagai respon, hati anda “membuang” lebih banyak gula ke dalam system perdaran darah.

Serta merta, sistem saraf adenosine di dalam otak anda telah di”block”, mengelakkan anda dari kurang sedar ataupun pengsan.



45 minit:

Badan anda mula menghasilkan dopamine dan merangsang bahagian tertentu otak anda. Ini menghasilkan efek ketenangan sama seperti selepas mengambil heroin.



>60 minit:

Elemen-elemen seperti fosforik asid mula bertindak balas dengan kalsium, magnesium dan zink untuk menambah metabolism badan.



Efek caffeine pula akan menyebabkan anda merasa ingin kencing dan ini akan membuang kebanyakan kalsium, magnesium dan juga zink yang sepatutnya digunakan untuk menguatkan tulang, menyebabkan tulang anda kekurangan zat-zat harian.

Pada masa ini, “kegilaan” di dalam badan anda mulai beransur pulih dan badan anda mengalami fenomena “sugar crush”.

Anda akan menjadi mudah marah, lembap dan keletihan yang melampau disebabkan kandungan gula dalam darah yang turun secara mendadak. Efek ini adalah sama seperti penagih heroin yang menjadi tidak tentu arah selepas kesan dadah tersebut hilang.




Kesan yang sama seperti dadah

Ketika mengulas lanjut mengai perkara ini, Pakar Pemakanan NutriCentre,com, Ella Allred berkata bahawa pengambilan minuman bergas secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menghidap masalah kesihatan seperti masalah jantung, diabetes dan juga darah tinggi.

Namun ketika ditanya mengapa adalah amat sukar untuk mengelakkan dari meminum minuman bergas, beliau berkata “Gula dan caffeine merangsang otak mengikut cara yang sama seerti dadah cocaine dan heroine, menyebabkan anda "ketagihan” seterusnya merosakkan system badan anda”.





0 comment... add one now