Jangan Buat 9 Perkara ini Jika Tidak Mahu Malu Besar di Singapura



Jika anda pergi melancong ke negara jiran di selatan tanahair, SIngapura atau Kota Singa sila ambil perhatian untuk tidak melakukan 9 perkara berikut.


1. Bergambar di dalam Metro (MRT)

Metro di Singapura adalah sistem tren atas tanah, sama dengan KTM komuter di negara kita melainkan penumpang hanya dibenarkan menaiki tren tetapi diharamkan melakukan perkara lain termasuk makan dan bergambar. Jika anda ditangkap bergambar, anda boleh didenda sebanyak SGD500 (SGD1 = RM2.79)

2. Duduk di kerusi 'kosong' di kedai makan yang telah ditanda atau di’cop’ oleh orang lain




Orang Singapura ‘cop’ tempat duduk di kedai makan dengan cara yang unik - meletakkan tisu di atas kerusi tersebut. Jika anda sedang mencari tempat duduk, jangan sekali-kali mengalihkan tisu yang diletak di atas kerusi tersebut jika anda ttdak mahu menimbulkan kemarahan orang tempatan.

3. Berpakaian yang sesuai dan tidak terlalu minimal



SIngapura berada hampir denga garisan khatulistiwa. Walaupun suhu udara boleh mencapai 36 darjah Celcius, anda harus berfikir dua kali sebelum mengenakan pakaian yang sangat nipis atau terdedah. Ini kerana kebanyakan bangunan dilengkapi penyaman udara dan ia boleh menjadi sangat sejuk jika anda tidak mengenakan pakaian yang sesuai.

4. Tidak 'flush' selepas menggunakan tandas


Peraturan ini bukanlah luar biasa, ia adalah norma. Namun jika anda di Singapura, anda perlu berhati-hati supaya tidak terlupa untuk 'flush'. Ini kerana anda boleh didenda sehingga SGD150 (SGD1 = RM2.79) dan dihubungi oleh pihak berkuasa!

5. Tidak membawa tisu dan sapu tangan 


Walaupun Singapura adalah sebuah negara maju, masih ada tandas cangkung yang digunakan terutamanya di kawasan yang lebih ramai orang tempatan. Jadi jangan lupa untuk membawa tisu dan gel anti-bakteria sebagai persediaan jika anda perlu menggunakan tandas begini.

6. Memiliki gula-gula getah


Gula-gula getah diharamkan di Singapura, dan jika anda ditangkap memilikinya, ia bukan sahaja memalukan tetapi juga boleh didenda sejumlah yang besar - SGD1000 (SGD1 = RM2.79)! Ini juga salah satu cara mereka menjaga dan mengekalkan kerbersihan bandaraya mereka 

7. Bermain-main dengan 'chopsticks'


Bertanyalah kepada mana-mana orang tempatan apa yang paling mereka pantang, pasti raai yang menjawab mereka pantang bila anda bermain dengan 'chopstick'. Bagi mereka, perbuatan ini menghina orang-orang lain yang juga sedang makan di situ,

8. Meludah


Jika anda melakukan perkara ini, anda bukan sahaja akan dikutuk oleh orang tempatan, anda juga boleh didenda sebanyak SGD500 (SGD1 = RM2.79)

9. Menghina atau mengutuk makanan 



Jangan sekali-kali memberi komen negatif atau komplen tentang makanan yang anda rasakan aneh dan jarang anda makan terutamanya makanan tempatan,  seperti hidangan kaki ayam. Padahnya, anda akan dilabel debagai pelancong yang tidak beradab dan memalukan diri sendiri,

0 comment... add one now