Kenali Wanita Yang Paling Najib Razak Takuti Dalam Dunia Ini, Dan Ianya Bukan Rosmah


Sarawak Report kini mengambil tempat di tengah-tengah kemelut politik negara kita yang sedang diselubungi pelbagai skandal dan laporan penyalahgunaan kuasa pada skala yang kadang kala tidak masuk akal.

Walaupun portal-portal berita online yang cenderung kepada pro-pembangkang ataupun anti-kerajaan sudah wujud sejak sekian lama, namun cara penyampaian Sarawak Report yang lebih berbentuk investigative journalism merupakan sesuatu yang baru untuk rakyat Malaysia yang kebiasaanya di hidangkan dengan berita-berita propaganda yang tidak berasas, tidak kiralah di bahagian pembangkang ataupun kerajaan.

Ditambah pula, Sarawak report itu sendiri bukanlah sebuah portal pro-pembangkang ataupun anti-kerajaan.


Dari hutan rimba Sarawak ke Putrajaya

Penglibatan wanita bernama Clare Rewcastle Brown ini dalam senario politik Malaysia bermula secara tidak sengaja pada tahun 2005. Ketika berucap pada satu persidangan mengenai alam sekitar pada tahun tersebut, beliau telah didatangi oleh beberapa pihak yang inginkan beliau bersuara mengenai keadaan hutan di Serawak yang rakus diratah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar penindasan terhadap mereka mendapat liputan meluas dari orang ramai.

Namun, apabila beliau mula menyiasat mengenai isu tersebut, beliau telah disenarai hitam oleh kerajaan negeri Sarawak dan mula menerima ugutan bunuh. 


Suara golongan peribumi Sarawak

Semangat kewartawanan menyebabkan beliau tidak berputus asa untuk membongkar kebenaran dan pada tahun 2010, Sarawak Report ditubuhkan untuk membongkar kegiatan jenayah dan korupsi kerajaan negeri Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. 

Pembongkaran demi pembongkaran dibuat oleh Serawak Report pada waktu itu yang turut mendedahkan kemewahan melampau keluarga Taib Mahmud hasil dari penindasan terhadap kaum peribumi Sarawak.
" Tugas saya hanyalah untuk mendedahkan kebenaran " - Clare Brown

Pada tahun 2010 juga Clare telah menubuhkan Radio Free Sarawak untuk menyiarkan berita kepada seluruh penduduk Serawak, dibantu oleh kawannya Peter John Jaban.



Pembunuhan pembantu kepada Taib Mahmud di Los Angeles

Pada awalnya, Clare Rewcastle Brown menguruskan Sarawak Report dan Radio Free Sarawak secara rahsia dari belakang tabir. 

Namun, insiden pembunuhan pembantu kepada Taib Mahmud yang bernama Ross Boyert di Los Angeles menyebabkan Clare terpaksa keluar dari “penyembunyian” untuk membongkar kebenaran. 

Ross Boyert telah ditemui mati di sebuah hotel di Los Angeles dengan beg plastik menutupi mukanya. 



Adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain.

Clare Rewcastle Brown bukanlah seorang yang asing kepada negeri Sarawak. Beliau dilahirkan di Sarawak di era pemerintahan kolonial Inggeris dan bersekolah selama beberapa tahun di Sarawak sebelum pulang ke Inggeris pada usia 8 tahun.

Di England, beliau memperoleh ijazah Master dalam bidang International Relations sebelum menyertai BBC World Service sebagai seorang wartawan pada tahun 1983.

Beliau mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown apabila berkahwin dengan adik lelaki bekas Perdana Menteri Britain tersebut, Andrew Brown.



Perjuangan Sarawak Report

Ramai yang menganggap bahawa Sarawak Report merupakan satu lagi portal berita pro-pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan melaui fitnah dan tohmahan melampau seperti portal-portal berita yang lain.

Diakui, investigative journalism merupakan sesuatu yang masih asing bagi rakyat Malasyia yang lebig senang menerima “berita” yang diubahsuai untuk dipadankan dengan conformity pesepsi kita yang sudah bertahun diukir melalui suratkhabar dan televisyen anjuran kerajaan.


Jenayah terancang yang dibongkar Sarawak Report

Ketika ditanya adakah laporan Sarawak Report bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak, Clare menjawab: “ Itu bukanlah tugas saya. Tugas saya hanyalah untuk mendedahkan kebenaran”.

Kini usaha giat dilakukan oleh mereka-mereka yang takutkan kebenaran melalui serangan ed hominem terhadap Sarawak Report tanpa menjawab pertuduhan asal. 

Namun, satu perkara yang pasti ialah Sarawak Report tetap akan terus membongkar penyalahgunaan kuasa dan korupsi golongan-golongan tertentu walaupun dihujani ancaman dan pelbagai tohmahan. 

Mungkin itu yang kita perlukan sekarang ini, kerana akhbar Malaysia lebih senang menyiarkan berita mengenai isu skandal suami curang dan isteri patah hati berbanding berita mengenai masa depan negara kita, Malaysia.

0 comment... add one now