Kisah Lelaki Tua Greek Ini Akan Buat Kita Bimbang Dengan Perkembangan Ekonomi Negara


Gambar ini sudah mula disebut-sebut bakal menjadi antara gambar paling berpengaruh tahun ini. Gambar yang telah diambil secara spontan oleh wartawan AFP ini menunjukkan seorang lelaki tua yang duduk bersandar di dinding sambil menangis. 

Kejadian ini berlaku di Greece ketika krisis kewangan negara tersebut semakin meruncing di sebalik kemelut politik yang tidak menentu.


Namun tahukah anda bahawa kisahnya adalah lebih dari itu?


Kegagalan Greece

Gambar ini telah diambil ketika berlaku panik akibat dari kemelut ekonomi yang melanda Greece. Disebabkan krisis itu, hampir kesemua bank-bank di Greece telah menutup operasi mereka setelah melihat beribu-ribu rakyat biase berpusus-pusu untuk mengluarkan simpanan mereka. 

Ini semua dilakukan bagi mengelakkan pengaliran wang tunai keluar yang bakal memburukkan lagi ekonomi Greece.

Salah seorang dari mereka yang ingin mengeluarkan wang tersebut ialah lelaki tua ini, Giorgos Chatzifotiadis, berusia 77 tahun yang merupakan seorang pesara.


Mengeluarkan wang untuk isteri

Pada hari tersebut, Giorgos Chatzifotiadis telah cuba mengeluarkan wang simpanan dari akaunnya namun tidak berhasil. Beliau telah mencuba sebanyak 3 buah bank tetapi semuanya ditutup atas alasan kehabisan wang. 




Jumlah yang ingin dikeluarkan pula tidaklah banyak, sekitar Euro120 sahaja untuk kegunaan harian, namun tidak berjaya.

Setelah “dihalau” oleh bank-bank tersebut, beliau tidak lagi mampu menahan perasaan dan terus menangis sehingga terduduk di atas lantai disaksikan oleh orang awam di sekeliling.


Simpanan seumur hidup

Giorgos Chatzifotiadis bukanlah seorang pesara kerajaan ataupun mempunyai bekerja tetap ketika zaman mudanya. 

Beliau bersama isterinya menghabiskan hampir kesluruhan usia muda mereka di kilang besi dan lorong arang batu yang kotor serta membahayakan nyawa.

Hasil dari penat lelah mereka suami isteri selama ini, mereka mampu menyimpan sedikit wang untuk digunakan di usia emas mereka.

Namun, kehancuran ekonomi Greece telah menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggan dan kini hidup terumbang ambing disebabkan nilai keadaan ekonomi yang tidak menentu.



Hilang arah

"Eropah serta Greece telah melakukan kesilapan. Kita harus mencari jalan penyelesaian"

Ketika ditemu bual selepas itu, Giorgos Chatzifotiadis berkata beliau tidak dapat menahan perasaan kerana tidak pernah menyangka bahawa negaranya akan menghadapi situasi sebegitu rupa.

Beliau berkata perasaanya tidak dapat ditahan lagi apabila memikirkan bagaimana orang ramai yang lain terpaksa mengemis untuk membeli sekeping roti malah yang lebih teruk lagi sesetengah rakyat Greek memilih untuk membunuh diri akibat tekanan hidup yang dahsyat berpunca dari masalah ekonomi.

"Saya adalah seorang yang sensitif. Saya tidak sanggup melihat negara saya dalam keadaan seperti ini. Eropah serta Greece telah melakukan kesilapan. Kita harus mencari jalan penyelesaian" kata beliau lagi.


Memilih masa depan



Untuk Giorgos Chatzifotiadis dan rakyat Greek yang lain sepertinya, sekarang sudah terlambat untuk mengubah keadaan. Jika diberi pilihan, sudah tentunya mereka tidak akan memilih kerajaan yang telah meranapkan ekonomi Greece sebelum ini.

Namun lain bagi kita di Malaysia yang masih boleh memilih. Bayangkan jika kita berada di tempat Giorgos Chatzifotiadis pada suatu hari nanti ataupun ibu bapa kita sendiri berada di tempatnya, pada masa itu segalanya sudah terlambat.

Sekarang ini kerajaan Greece sudah mati langkah. 

Keluar dari Eurozone ataupun menerima langkah “austerity” dari IMF dan bank Eropah. Kedua-duanya sudah tidak memberi apa-apa makna lagi untuk rakyat Greece dan untuk insan bernama Giorgos Chatzifotiadis ini.

0 comment... add one now