Lima Soalan Dajjal Kepada Tamim

Kisah ini merupakan rumusan dari Hadith rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang di nukilkan dalam kitab sahih muslim,hadith no 5235, bab qissatul jassaasah.

Selesai sahaja bersolat, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam meminta semua sahabat duduk. Beliau bersabda “aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy, seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu selari dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu dahulu”



Dia dan 30 orang sahabatnya berlayar ke laut. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka dan terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak didiami orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak dapat dibezakan depan dan belakangnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka bertanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “pergilah kamu ke biara itu untuk menjumpai seorang lelaki, sesungguhnya dia sangat ingin berjumpa dengan kamu.” Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.



Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang tegap. Kedua tangannya diikat di lehernya dan kedua kakiya juga diikat dengan rantai besi sampai ke bukulali. Mereka bertanya: “Siapakah engkau?” Dia menjawab: “kelak kamu akan tahu tentang aku. Sekarang aku ingin bertanya:

1. “Siapa kamu ?”
Mereka menjawab: “Kami dari Arab.” (mereka menceritakan tentang pelayaran mereka dan pertemuan dengan aj-jassasah.)

2. “Ceritakan  kepadaku keadaan kebun kurma di Bisan itu,” 
Mereka bertanya: “tentang ape yang engkau maksudkan?”. Dia menjawab: “Adakah pokok kurma itu berbuah?”
Mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah. Dia berkata: “kelak, pokok itu tidak akan berbuah.”



3. “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabariyya.” 
Mereka bertanya: “Tentang apanya yang engkau maksudkan?” Dia menjawab: “Adakah airnya masih ada.” 
Mereka menjawab: “sangat banyak.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu mungkin akan kering.”

4. “Ceritakan kepadaku tentang mata air Zughar.” 

Mereka bertanya: “Tentang apanya yang engkau maksudkan?” Dia menjawab: “Adakah airnya masih ada, dan adakah ianya masih mengairi tanaman?” 
Mereka menjawab: “ya”



5. “Ceritakan kepadaku tentang Nabi yang buta huruf,  apa yang dia buat?” 

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Dia bertantya lagi: “benarkah ianya telah berlaku?” kami menjawab “ya”. Dia berkata “padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”  
Dia berkata, “Sekarang aku terangkan kepada kamu tentang  aku. Aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Aku akan menjelajahi semua bandar selama 40 malam kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. 


0 comment... add one now