Obama Tidak Sengaja Mengaku Mereka Latih Tentera Islamic State (IS)

IS atau Islamic State mendakwa bahawa mereka akan memperjuangkan dan mengembalikan semula sitem Khilafah Islamiyah dengan cara menyatukan semua negara-negara Islam dengan menggunakan pendekatan ketenteraan. Ternyata taktik ‘Islamik’ mereka yang mendakwa bahawa aktiviti mereka adalah satu jihad fi sabilillah dan kematian mereka adalah syahid yang didamba-dambakan seluruh umat Islam berjaya apabila ramai umat ISlam dari seluruh dunia termasuk negara Barat dan Malaysia tidak terkecuali, beramai-ramai berhijrah ke Syria untuk menyertai mereka.

Walau bagaimanapun, pendekatan mereka yang keras dan kejambukan sahaja terhadap orang bukan Islam tetapi juga kepada orang Islam yang enggan menyertai mereka menimbulkan tandatanya akan asal-usul dan tujuan sebenar puak ini.



Baru-baru ini, dalam sebuah sidang media di Pentagon, Presiden USA Barack Obama menyebut:
“Kita sedang mempercepatkan usaha melatih tentera ISIL, termasuk sukarelawan dari pihak Sunni di daerah Anbar” (dan bukannya tentera anti-ISIL). 


ISIL adalah singkatan kepada ‘Islamic State of Iraq and the Levant’ yang sering digunakan oleh pihak USA berbanding ISIS atau Islamic StatesSama ada ini adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan atau salah ucap yang mewakili isi hati sebenar beliau (Freudian slip) , kenyataan Obama dilihat telah memperkukuhkan lagi spekulasi bahawa US adalah dalang di sebalik tentera yang mengaku memperjuangkan daulah Islamiyah, IS.

Sumber: WhiteHouse.org

Dalam usaha White House untuk memberikan penjelasan sebagai respon kepada kejadian ini, mereka telah menyiarkan transkrip rasmi ucapan Obama. Namun, transkrip tersebut seolah-olah mengiyakan ucapan Obama apabila akronim ISIL yang digunakan seolah-olah merujuk kepada tentera Iraq secara keseluruhan. Seolah-olah US sedang melatih dan memberi bantuan keteteraan di Iraq kepada tentera IS sahaja, dan bukan semua tentera militan di situ yang berjuang menentang IS. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga!



Antara lain, tindakan US yang berikut juga mengukuhkan spekulasi bahawa US adalah dalang yang menaja aktiviti tentera IS:
  1. Keengganan Washington untuk berdepan dengan IS secara terbuka
  2. Kesungguhan US mendesak perubahan kepimpinan di Syria 
  3. Perpecahan sekutu-sekutu US dalam menguasai wilayah yang tertentu

Mungkin benar kata-kata Ken Stone, seorang aktivis anti-peperangan:
“ISIL adalah satu aset kepada US yang menmbolehkan tentera US meneruskan aktiviti militari di Iraq dan mendesak perubahan kepimpinan di Syria”


Sumber cerita: RT News

0 comment... add one now