Penderaan kanak-kanak: Hentikan 'Parental Alienation'! (Part 1)

Ada sesiapa di sini yang pernah dengar tentang ' Parental alienation ' atau dalam bahasa melayunya 'Pengasingan Ibu Bapa' atau dalam bahasa yang mudah untuk kita faham adalah menjadikan ibu atau bapa seorang anak itu sebagai orang asing dalam kehidupan mereka. Ramai yang merasakan bahawa penceraian hanya membabitkan antara seorang suami dan isteri tetapi kita kadang-kala lupa bahawa ada insan-insan kecil yang terkesan dengan masalah ini. Tahukah kita bahawa ' Parental Alienation ' adalah salah satu daripada bentuk penderaan kanak-kanak?



Terbaca status seorang ayah menyentuh hati yang merindui anaknya di facebook. Pelik, kenapa perlu menjadikan anak sebagai mangsa keadaan di atas kekhilafan kita sebagai seorang yang dewasa.

"Anakku..telah lebih 6 minggu papa tidak dapat berjumpa denganmu, setelah ibu dan keluarganya bertindak memisahkan kita dengan menghalang kita dari berjumpa. Papa tidak dapat melihat dan berjumpa denganmu, anak papa sendiri. Apa yang papa dapat tahu, kini tanpa pengetahuan papa (sebagai seorang ayah dan masih lagi suami ibumu), ibu dan keluarganya telah melarikan dirimu ke kampung. Itupun papa dapat tahu melalui peguam. dimanakah nilai kemanusiaan mereka?

Apa yang ibumu gagal menyedari adalah apa yang dia lakukan bukan sahaja melukakan hati papa, malah melukakan hati anak papa untuk jangkamasa yang panjang. Ibumu gagal memahami bahawa papa masih belum menceraikannya sehingga mahkamah memberikan perintah..Lafaz talak atau tebus talak.. Ia masih belum berakhir.. 

Papa mungkin telah lama melepaskan ibumu pergi, tetapi papa tidak akan pernah sesekali melepaskanmu anak. Dirimu adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada papa dan papa akan terus berjuang untuk mendapatkan hak sebagai seorang ayah buatmu. Papa tidak minta lebih selain dari dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepadamu, dapat melihat dan berjumpa denganmu setiap  minggu dan papa mahu dirimu kenal rapat dengan keluarga sebelah papa walaupun papa dan ibumu tidak tinggal bersama lagi.

Papa sedih bila melihat ibumu merasakan hanya dia yang berhak memiliki kamu dan dirimu menjadi seperti objek  dan senjata yang boleh digunakan untuk memusuhi papa.
Papa yakin, dalam penceraian, hanya ibu dan papa sahaja yang berpisah tetapi adalah tidak adil buatmu dipisahkan daripada papa.
Tidak mengapalah sayang, papa yakin ada hikmah disebalik semua kejadian. Semoga allah melembutkan hati mereka dan papa doakan selama dirimu membesar, kamu dianugerahkan kesabaran dan diterangi hati agar boleh melihat kebenaran disebalik semua ini."- Adz

Setiap anak-anak berhak menjalani hubungan yang baik dengan ibu dan bapa mereka. PAS (Parental Alienation Syndrome) adalah keadaan dimana anak-anak digunakan sebagai senjata selepas perhubungan suami isteri putus atau tidak lagi baik seperti sebelumnya. Ia dilakukan oleh salah seorang daripada ibu atau bapa yang mana anak-anak tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu atau bapa mereka. Anak-anak juga biasanya akan dipaksa membenci ibu atau bapa mereka dan hanya mendengar cerita di sebelah pihak sahaja. Ini adalah ' PENDERAAN KANAK-KANAK DARI SEGI EMOSI'.



Hentikan ' Parental Alienation' terhadap kanak-kanak! Ia akan menyebabkan masalah psikologi kelak apabila mereka meningkat dewasa. Salah satu perkara paling sedih di dunia ini adalah melihat seorang kanak-kanak membesar dengan membenci ibu atau bapanya hanya kerana mendengar cerita hanya daripada sebelah pihak. Jangan mencemarkan minda mereka hanya kerana rasa benci kita kepada pasangan kita.

-E.A




0 comment... add one now