Pesakit Kencing Manis , Jangan Puasa Esok Tanpa Tahu 10 Fakta Penting Ini



Pesakit penyakit kencing manis terdedah kepada risiko paras gula dalam darah yang tidak menentu sekiranya pengambilan makanan dan ubat-ubatan tidak dipantau dengan rapi. Berikut adalah fakta - fakta penting untuk penghidap kencing manis di bulan Ramadhan:

1. Kenal pasti gejala hypoglycemia (darah kurang dalam darah)

Hipoglisemia bermaksud paras gula dalam darah menjadi rendah. Tanda-tanda hipoglisemia termasuk rasa berdebar-debar, penglihatan kabur, berpeluh, menggigil serta pertuturan menjadi tidak jelas. Dalam hipoglisemia yang serius, pesakit boleh tidak sedarkan diri atau mengalami sawan!



2. Pantau paras gula dalam darah secara berkala - ianya tidak membatalkan puasa!

3. Pastikan anda bersahur! Waktu berpuasa yang panjang meningkatkan risiko hipoglisemia. Bersahur akan membantu mengawal paras gula dalam darah anda supaya kekal seimbang.


4. Bersahur dengan karbohidrat berkanji yang membebaskan tenaga secara perlahan seperti chappati, nasi beras perang serta roti gandum penuh. Makanlah secara bersederhana dan minum banyak air sewaktu bersahur.

5. Berbuka berpada-pada . Makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi dan tidak seimbang.



6. Pilih minuman berbuka dengan bijak. Berpuasa boleh menyebabkan anda ternyah-hidrat. Mengurangkan minuman bergula di bulan ramadan akan membantu keseimbangan paras gula dalam darah.



7. Bekalan solat terawih. Bawalah sebotol air minuman dan bekalan seperti gula-gula, kismis atau kurma apabila anda ke masjid atau surau untuk solat terawih.

8. Jangan hentikan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor. Bincanglah dengan doktor anda bagaiman anda boleh menyusun-atur semula waktu pengambilan ubat anda di dalam bulan yang mulia ini.

9. Elakkan makan berlemak dan tinggi kandungan gula! Teruskan pengambilan makanan seimbang sepanjang bulan Ramadhan ini.

10. Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami sebarang gejala hipoglisemia mahupun hiperglisemia. 

Selamat menjalani ibadah puasa!

Sumber : https://www.diabetes.org.uk/Documents/Guide%20to%20diabetes/Ramadan/Ramadan-factsheet-English-20150315.pdf
Gambar : Ihsan google.

0 comment... add one now