Seorang Pesakit yang Demam Marah kerana Dirawat Lambat di Wad Kecemasan, Jawapan Balas Doktor ini Akan Buat Anda Berfikir Panjang





Kami kongsikan di sini pengalaman seorang insan yang meluahkan rasa kekecewaan kerana menunggu terlalu lama di Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail sehingga akhirnya beliau pulang dengan tangan kosong. Kita ikuti luahan hati beliau melalui akaun Facebook beliau:



"Malam tadi gi Hospital Sultan Ismail, bila sampai memang ramai orang mcm bazaar pun ada. dapat no giliran 4108, sedangkan masa tu baru 4094. tu blum masuk no yg lain mcm 1000 dan yg 2000, pun ada yg lum dipanggil, memang sakit hati menunggu, dari kul 11 smpi kul 2 still x panggil lagi. bila tgk bilik doktor cuma 1 bilik yg ade doktor, doktor lain lebihkan yang kat zone merah. sepanjang tunggu ada 9 pesakit datang semua zone merah. so yg zone hijau ni mcm dianaktirikan, terpaksa tunggu sampai subuh. tu lah KERAJAAN, bayangkan seorang pesakit bayar rm 1, kalu yang baik tu berpuluh org, kalu dah hari2 mcm tu, untungnya KERAJAAN... memang kecewa dengan perkhidmatan HOSPITAL SULTAN ISMAIL, memang kecewa sangat, x pernah nak cepat baik2 suhu demam 39 boleh turun hanya kerana menunggu. ada 1 kakak ni dia alergi, kulit di agatal2, bayangkan tunggu 4 ke 5 jam kan seksa, nasib baik pagi ni demam dah kebah, doktor dgn pembantu perubatan kat situ pun sombong2, buat muka, bila kita tanya bila no nak panggil, x gerak2 dr tadi, doktor tu buat muka, tu sesama melayu tu berlagak!!! memang hampa"

Kami kongsikan jawapan daripada Doktor Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah yang dikongsi di laman Facebooknya untuk menjawab keluhan insan tersebut. Komen beliau telah meraih 4230 'like' dan di'share' sebanyak 2154. 

Sorry ya, harap ni tak mengumpat org yg post ni sbb tak kenal siapa 
Ok meh akak keje hospital kerajaan nak jawab ni. Faham memang perkhidmatan di hospital kerajaan belum optimum dan bukan saya nak menangkan kerajaan, tetapi ini yang saya tahu, 9 tahun kerja di hospital kerajaan. 


1) unit KECEMASAN hospital kerajaan itu untuk kes-kes kecemasan. Dalam bahasa inggeris panggil ACCIDENT AND EMERGENCY. Jadi demam dan gatal kulit itu BUKAN KECEMASAN. Sila ke klinik kerajaan pada waktu pejabat ataupun klinik panel . Fever centre dibuka hingga jam 11 mlm di kebanyakan unit kecemasan, jadi datanglah sebelum tutup.

2) memang akan lebih ramai doktor di zon merah dan kuning berbanding hijau sbb zon merah adalah untuk pesakit kritikal antara hidup dan mati. Contoh?

Kemalangan jalanraya yang serius, patah tulang, pendarahan dlm otak (intracranial bleed), kecederaan dalaman (intraabdominal injury), sakit jantung , cedera di pukul dan sebagainya.

Agak-agak kalau saudara mara kita sakit jantung, rela ke seorang doktor je attend, yg lebih-lebih tu tengok pesakit gatal kulit dan demam di zon hijau?

3) tak mana kaya nya kerajaan dgn duit RM1 yang dibayar dan pesakit balik rumah semula sebab tunggu terlalu lama tu. Selama ini yang dapat jumpa doktor dengan RM1 buat vital sign, check darah, buat X-Ray, jumpa doktor, dapat ubat tu, ingat kos RM1 ke?

4) Kalau rasa mampu nak ada medical card & nak pergi ke hospital swasta, pucuk dicita ulam mendatang bagi kami. Walaupun kami ni dikutuk macamana pun, andai keadaan anda semakin teruk dan Hosp swasta tak mampu rawat atau perlu Bantuan contoh back up ICU atau alat bantu pernafasan (ventilator), kami tetap terima bila Hosp swasta transfer kamu semula ke hospital kerajaan.

Kesimpulan, manusia tiada yang perfect, sistem manusia tiada yang perfect. Dan buat pengetahuan anda, doctors are humans, nurses are humans, medical assistance are human & we work under the imperfect system created by human.

Learn to see the positive side of things & learn to be thankful.


Hakikatnya, masih banyak tugas kita untuk mendidik, mentarbiyah, memberitahu, mengajar, mengingatkan dan menyebatikan masyarakat tentang fakta bahawa KECEMASAN adalah khusus untuk merawat KES KECEMASAN, selain daripada menerangkan apakah itu KES KECEMASAN dan apa pula KES BUKAN KECEMASAN. Kita tidak perlu ada Ijazah Perubatan MBBS/MD/MB BCh BAO pun untuk membezakan antara kedua-duanya, kita cuma perlu 'common sense'. Jika anda masih belum boleh membezakan antara kedua-duanya, anda perlu merasa risau dan cemas kerana 'common sense' ada sudah tercabut dari pangkal akal.

1 comment... add one now

dodododo September 12, 2016 at 10:23 PM
Masyarakat skang ade yg phm...but mostly byk xreti bhs .. Blajo tinggi2 tp cetek kefahaman...yg penting viral cpt2 klu slh ckit pd dokter n paramedik..gudjob dr aisyah...smoga msyrkt sedar..-misixbrpmisi