Tips memilih kerjaya yang sesuai dengan jiwa anda




Kerjaya merupakan komitmen hidup yang mencakupi sebahagian besar dari aktiviti harian anda. Ketahui kekuatan dan kelemahan diri, dan paling utama apa yang anda inginkan dari hidup ini. Minat memainkan peranan yang penting dalam memilih kerjaya, namun minat sahaja tidak menjamin kejayaan dalam bidang yang anda pilih. Turut disertakan beberapa pautan  untuk beberapa ujian yang mungkin berguna untuk anda merancang perjalanan kehidupan anda.

1. Kenali personaliti anda. Ujian personaliti ini berdasarkan Myer-Briggs Type Indicator (MBTI) – sebuah soal selidik psikometrik untuk menilai bagaimana orang mengamati dunia dan membuat keputusan.



klik imej untuk bacaan lanjut.


2. Ketahui minat anda. Ujian ini mengukur minat anda dalam 6 kategori kerjaya, seperti yang diterangkan oleh Dr. John Holland dalam model RIASEC-nya




3. Cari kerja yang bertepatan dengan minat anda dan taraf pendidikan yang diperlukan.




Akhir kata, jangan hadkan pencarian kerjaya impian anda berdasarkan personaliti anda sahaja. Ujian-ujian di atas cuma untuk membantu anda membuat keputusan berpengetahuan tentang pilihan-pilihan yang ada. Yakin pada diri dan jadilah seorang yang memberi insipirasi kepada yang lain!


"Find and use your passion and you’ll have a great career. Don’t do it, you won’t. It’s as simple as that. People don’t look for their passion because they haven’t tasted it. If you’ve never tasted what it’s like to get up in the morning and be pleased to go to work, you don’t know what you’re missing."


0 comment... add one now