10 Fakta Sebenar Tentang Vape Yang Haters Tak Boleh Jawab


Vaping mungkin tak membekalkan kita dengan vitamin dan mineral yang penting untuk kehidupan tapi ianya tidak seperti yang para haters gambarkan. Tambah Cheese ingin menerangkan fakta sebenar berkenaan vaping yang anda mungkin tak faham dan keliru. Kami telah mengumpulkan fakta-fakta ini dari kajian saintifik yang telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lepas berkenaan vaping.

1. Vapor memang mengandungi nikotin tetapi tidak ada toksin yang terhasil dari pembakaran.
Oxford Journal pada Disember 2013 telah menerbitkan satu kajian tentang kandungan bahan kimia yang terhasil dari asap vape. Mereka mendapati bahawa tiada langsung toksin berbahaya yang terhasil daripada rokok tembakau biasa seperti karbon monoksida dan sebatian karbon yang lain kecuali nikotin yang hanya sedikit jumlahnya. Namun ia masih perlu kepada kajian lanjut untuk mengenal pasti risiko lain asap vape.
Pautan kajian.


2. Vape tidak akan menjejaskan salur darah arteri.
Pengkaji daripada Greece di Onassis Cardiac Surgery Center telah membuat kajian perbandingan antara rokok tembakau dan vape terhadap fungsi jantung. Hasil kajian tersebut menunjukkan hanya 2 batang rokok biasa telah mampu mengeraskan salur darah manakala vape langsung tak memberi kesan kepada aorta dan jantung.
Pautan kajian.

3. Vape tiada kesan kepada kandungan oksigen dalam jantung.
Dr. Konstantino Farsalinos telah mengkaji adakah vape memberi kesan negatif kepada kadar oksigen dalam jantung. Hasilnya, negatif. tiada langsung kesan vape kepada kandungan oksigen dalam jantung. Kajian ini menarik perhatian para saintis dan telah dibahaskan dalam Kongres Kesatuan Kardiologi Eropah di Amsterdam, 2013.
Pautan kajian.

4. E-liquid dan flavour untuk vape tidak memberi kesan kepada kesihatan.
Saintis dari International Journal of Environmental Reasearch and Public Health telah mengkaji kesan penggunaan liquid dan flavour kepada sel-sel jantung. Mereka menggunakan 20 jenis e-liquid yang berbeza dan dalam kesimpulan mereka, mereka menyatakan bahawa asap vape yang mengandungi e-liquid tersebut tiada kesan negatif kepada sel-sel jantung.
Pautan kajian.

5. Vape sangat berkesan untuk membantu perokok berhenti merokok.
Salah satu perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat perubatan ialah adakah vape boleh membantu perokok tembakau untuk berhenti merokok. Satu pasukan pengkaji daripada Universiti Geneva bersama-sama dengan pasukan dari Universiti Auckland telah mengkaji kesan vape kepada bekas perokok. Kesimpulan kajian tersebut adalah, memang benar vape boleh membantu bekas perokok untuk tidak kembali merokok dan terbukti vape boleh membantu perokok sedia ada untuk berhenti dari tabiat merokok!
Pautan kajian.

6. Menghalang penjualan vape memberi kesan buruk kepada kesihatan awam.
Dr. Gilbert Ross merupakan pengarah American Council on Science and Health. Beliau telah membentangkan laporan komprehensif berkenaan vaping dan beliau membuat keputusan yang vape lebih selamat berbanding rokok dan pengharaman penggunaan vape akan memberi kesan buruk kepada komuniti.
Pautan kajian.

7. Vape bukan pembuka jalan kepada remaja untuk merokok rokok tembakau.
Dr. Ted Wegener daripada University of Oklohama Health Sciences Center dalam kajiannya tentang penggunaan vape melibatkan seramai 1300 orang pelajar kolej menyatakan bahawa hanya satu orang sahaja yang pertama kali menggunakan vape beralih kepada rokok tembakau.
Pautan kajian.

8. E-liquid dan flavour mampu membuatkan perokok berhenti merokok.
Kajian lain daripada Dr. Konstantino Farsalinos tentang kesan kepelbagaian flavour vape kepada kadar perokok untuk berhenti merokok. Hasil daripada kajiaannya menunjukkan bahawa, flavour tersebut merupakan "faktor penting" dalam membantu perokok meninggalkan rokok tembakau.
Pautan kajian.

9. Perokok yang bertukar kepada vape telah berjaya meningkatkan taraf kesihatan mereka.
Satu pasukan pengkaji bebas daripada beberapa buah universiti ingin mengetahui adakah pertukaran daripada rokok biasa kepada vape telah memberi kesan kepada kesihatan perokok. Mereka mendapati bahawa 91% daripada perokok yang telah berubah kepada vape telah menunjukkan peningkatan status kesihatan yang baik. 97% daripada mereka juga mendapati tiada lagi batuk kronik akibat merokok.
Pautan kajian.


10. Anda yang berada berdekatan vaper tidak mendapat apa-apa kesan sampingan.
Satu kumpulan pengkaji dari Perancis menyatakan asap vape yang terhasil daripada vape hanya memerlukan 11 saat untuk terhapus daripada ruang udara. Berbanding dengan rokok tembakau, asap tembakau memerlukan 20 minit secara purata.
Pautan kajian.

Fakta-fakta ini hanyalah sedikit berbanding jumlah kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji seluruh dunia. Benar, vaping merupakan subjek kontroversi yang paling hangat dibahaskan dalam komuniti saintifik kini namun ia menunjukkan tanda-tanda positif dan tidak membahayakan seperti rokok tembakau. Cuma, Tambah Cheese ingin mengingatkan para vapers supaya menghormati hak-hak orang lain dan juga menyantuni tatasusila bermasyarakat supaya para vapers tidak mendapat nama buruk dalam komuniti kita.

0 comment... add one now