Jangan Simpan Handphone dalam Poket!




Aduan penguna iPhone mengadu bahawa iPhone terbaru, iPhone 6 mudah terbengkok bila di simpan di dalam poket, tetapi itu bukan alasan utama mengapa telefon bimbit terlalu bahaya untuk disimpan dalam poket.

POKET BUKAN TEMPAT SIMPAN HANDPHONE

Menurut Nikolai Kononov, Naib presiden League of the Nation's Health, caj-caj electromagnetic dari telefon bimbit akan menyebabkan kerosakan pada sistem saraf pusat yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang, terutama telefon ini terlalu lama berada dekat dengan sistem badan manusia.




Saraf tunjang merupakan laluan untuk komunikasi antara tubuh dan otak. Apabila saraf tunjang yang cedera, pertukaran maklumat di antara otak dan bahagian-bahagian badan yang lain terganggu.

 APA YANG PERLU ANDA BUAT

Walaupun telefon bimbit ini akan mendatang bahaya kepada kesihatan, ini tidak bermakna anda tidak perlu menggunakannya. Antara langkah yang bijak perlu diambil adalah mengehadkan pengunaan dan kekerapan telefon berada di sistem badan.



Jika anda seseorang yang bakal menjadi ibu, cuba kurangkan pengunaan telefon bimbit ini, terutama ketika trimeter ketiga. Disebabkan gelombang eletromagnetik dari telefon akan membawa kesan buruk kepada sistem endokrin dan pembiakan, cuba elakkan menyimpan telefon anda dalam poket seluar. Sebaliknya, simpan di dalam beg atau di mana saja tempat yang tidak terlalu dekat dengan badan kita.


0 comment... add one now