Lagi Fakta Menarik Bersih 4.0

Bersih 4.0  telah melabuhkan tirai tepat pada pukul 12 tengah malam 31 Ogos. Kami senaraikan lagi kelainan BERSIH 4.0 berbanding BERSIH 1-3.

1. Di Malaysia, BERSIH 4.0 bukan sahaja berlaku di ibu negara Kuala Lumpur, tetapi juga di Sabah dan Sarawak.


2. Peserta bukan Muslim bukan sahaja memberi laluan dan melindungi saf peserta Muslim ketika mereka solat, mereka juga sebenarnya membantu menyediakan air mineral untuk tujuan wudhuk, membantu menuang air untuk wudhuk, menghebahkan waktu solat apabila masuk waktu malah meminta para peserta untuk berdiam sewaktu peserta Muslim solat.




3. Tun Mahathir dan isteri Tun Hasmah menyertai Bersih 4.0 untuk kali kedua pada hari kedua perhimpunan. Mereka hadir dengan menaiki komuter KTM.



4. Sehingga tamat perhimpunan, tiada provokasi atau penangkapan berlaku di ibu kota.

5. Malam 30 Ogos diisi oleh pelbagai aktiviti seperi tayangan filem kemerdekaan, syarahan bebeas anjuran Universiti Terbuka Anak Muda dan persembahana alat muzik.

6.  Global BERSIH berlaku di lebih 20 lokasi di seluruh dunia.

Hamburg, Germany
New York
Mongolia
Bali


7. Di kemuncak acara BERSIh 4.0 semalam, jumlah peserta mencecah 80 ribu orang.





8. Para peserta patuh pada arahan Penegrusi Bersih 2.0 supaya tidak masuk ke Dataran Merdeka.

9. Sepanjang dua hari BERSIH 4.0 berlangsung, raptai perarakan Hari Kemerdekaan berjalan seperti biasa di Dataran Merdeka



10.  Sambutan malam ambang merdeka dipindahkan dari Dataran Merdeka ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

11. Para pelajar IPT dibenarkan menyertai BERSIH 4.0 selaras dengan pindaan pada Akta Universiti & Kolej Universiti 1971.


0 comment... add one now