Wifi Penyebab Kanser?



Teknologi Wi-Fi telah banyak mengubah corak dan gaya hidup masyarakat masa kini. Wi-Fi telah menjadi sebati dengan hidup kita seharian dan kemungkinan besar anda senda membaca artikel ini menggunakan Wi-Fi!

Tahukah anda disebabkan kita hidup dikelilingi dengan rangkaian Wi-Fi, kita juga terdedah kepada radiasi radiofrekuensi yang dipancarkannya? Kenyataan ini sangat membimbangkan kerana ramai yang menyangka risiko menghidapi kanser akan meningkat dengan pendedahan ini. Ianya begitu membimbangkan sehingga ramai ahli akademik dan pengkaji sains yang lain yang membuat kajian mendalam mengenai isu ini. Apa yang lebih memberangsangkan, hasil kajian mereka rata-rata menunjukkan kebergantungan kita terhadap Wi-Fi tidak meletakkan kita ke dalam risiko menghidapi kanser!


Tiada hubungkait berjaya dibuktikan antara radiofrekuensi rangkaian tanpa wayar dengan kanser meskipun terdapat sebilangan kecil kajian yang menemukan kesan perubahan biologi yang secara hipotesisnya boleh dikaitkan dengan kanser. Disebabkan hasil kajian yang tidak definitif, kajiselidik dalam bidang ini masih diteruskan.
Radiofrekuensi Wifi tidak berbahaya kerana ianya berfrekuensi rendah dan tidak mengionkan bahan lain. Ini bermaksud, radiasi WiFi tidak cukup kuat untuk mengecas molekul justeru tidak mampu memudaratkan tubuh badan kita di peringkat sel. Pada kadar 0.1 watt, signal radiofrekuensi yang dipancarkan WiFi adalah lebih rendah berbanding yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit.
P/S : walaubagaimanapun harus diingat, sekiranya disebabkan kemudahan WiFi yang sentiasa tersedia menyebabkan kita malas melakukan aktiviti fizikal di luar dan mengamalkan gaya hidup sedenteri, tidak mustahil WiFi secara tidak langsung bakal menyumbang kepada peningkatan kadar masalah kesihatan!



0 comment... add one now