Imam maut dalam sujud ketika solat sunat Aidiladha



IMAM Masjid Kampung Temeris, A Karim Ismail, menghembuskan nafas terakhir ketika sujud semasa mengimamkan solat sunat Aidiladha. - Foto Amran Yahya KUALA PILAH: Seorang imam menghembuskan nafas terakhir ketika sujud semasa mengimamkan solat sunat Aidiladha di Masjid Kampung Temeris, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, A Karim Ismail, 66, dikatakan tidak bangun ketika sujud menyebabkan beberapa makmum di belakangnya menyedari kejadian itu. Ketua kampung itu, Mohd Yunus Abdullah, 64, berkata beliau yang turut menjadi makmum berasa ada sesuatu tidak kena kerana imam sujud terlalu lama. "Saya serta beberapa orang makmum lain kemudian memeriksanya dan mendapati dia tidak sedarkan diri. Kami segera menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini, namun dia disahkan sudah meninggal dunia," katanya.



0 comment... add one now