Kalau betul Syi’ah sesat,mengapa mereka boleh masuk tanah suci?




Soalan: Mengapa kerajaan Arab Saudi masih membenarkan orang-orang Syiah menjejaki bumi Arab jika mereka dianggap sudah keluar daripada Islam?

Jawapan: Kewujudan golongan Syiah adalah sesuatu yang baru diperkenalkan kepada umat Islam dalam bentuk yang menarik yang tidak bercanggah dengan Islam. Syiah hanya mengemukakan persamaan-persamaan dan sebaliknya tidak menyebutkan tentang percanggahan-percanggahan dengan Islam dan akidah Islam.

Umat Islam dan negara-negara Islam sudah keliru selepas naiknya Iran menjadi sebuah republik Islam. Jika kerajaan Arab Saudi mengharamkan orang-orang Syiah pergi ke Mekah, ia mungkin akan menimbulkan kemarahan atau bantahan daripada orang yang belum faham tentang akidah syiah dan mereka akan menuduh bahawa ini adalah dipengaruhi oleh sentimen perkauman atau politik. Ataupun mereka mempunyai tanggapan bahawa ianya merupakan masalah furu' semata-mata dan bukannya akidah. Arab Saudi juga menyebarkan buku-buku tentang kerosakan akidah Syiah. Masalah ini mengambil masa dan terserahlah kepada Kerajaan Arab Saudi untuk mengatasinya.



Adalah tidak benar jika dikatakan bahawa orang kafir dihalau oleh anjing atau akan cirt birit jika berada di Mekah (kata orang kampung), kerana di sekeliling kaabah sebelum datangnya Islam terdapat 360 buah berhala dan orang dahulu mengelilingi kaabah dalam keadaan telanjang. Hadis riwayat Muslim dan Bukhari ada menyebut bahawa Dajjal dan pengikut-pengikutnya serta Nabi Isa dan pengiku-pengikutnya juga mengelilingi kaabah. Rasulullah telah berkata bahawa Dajal tidak mungkin boleh masuk ke dalam dua tanah haram. Jadi apa maksud hadis ini? Ia adalah isyarat bahawa orang yang mengikut Dajal yang sudah rosak akidahnya juga boleh mengelilingi kaabah bersama pengikut-pengikutnya.

Jawapan oleh Maulana Asri Yusoff.

Video penjelasan hal ini:


0 comment... add one now