KiKISAH NENEK UZUR BERJALAN 5KM NAK CHECK DUIT BR1M… APA YANG DIPEROLEHI DI BANK SANGAT MENGEJUTKAN !!!








Hari ni keluar buat urusan seawal 7.30 pg, tak mau nak bersesak di bank, pulak tu semua urusan dari bank ke bank nak guna mesin saja. Pukul 8.30 lebih kurang, jumpa mak cik ni, area depan Seng Heng (Aneka Jitra) berpakaian agak lusuh, berjalan dengan membawa green bag Tesco.


Setelah berbalas salam, ini dialog kami.

Saya : Mcik nak pi mana ni?
Mcik : Tok nak pi bsn. Org kata duit brim boleh dapat ari ni . Tok nak pi ambik la, buleh buat beli apa-apa, barang mahai cheq no, dah la nak raya. Tapi tok tak bawa buku pun. Nak pi tanya tengok(Membahasakan dirinya Tok)

Suami: Tok mai naik. Saya hantaq.

Setelah berdolak dalih dia naik juga. Susah payah mendaki kenderaan kami, mungkin sakit lutut sama, jauh bjalan.

Saya : Tok mai dgn apa ni?
Tok : Naik bas kuala nerang, turun di stesen.
Saya : Tok dok dengan sapa? Di mana rumah?
Tok : Dok sorang, rumah di Kampung Teluk Nibong dekat Taman Pasu ni. Dulu dok dengan anak yang kerja kilang kulat tapi anak tu dah tak dak, sakit barah. Sorang anak dok tunjang ni, tapi tak tau la lama dah tak mai tengok. Hat sorang lagi dok kolumpo tak pernah balik pun.

Saya : (dok tahan perasaan ja)

Suami : Kawin dah ka anak tu?
Tok : Kawin dah, cucu tok pun ada di kolumpo nu. Tapi depa tak penah balik lama dah. Tok rasa depa takut kalau balik mai tok nak ikut depa. Tok tak mau pi aih. Tok besa pi sana, tapi anak tok tak suka, dia suruh tok balik. Tok pi sendiri di stesen bas. Jumpa orang macam hampa ni la, dia tolong belanja tiket kat tok balik sini.
Tok jaga depa dulu susah. Keja rumah orang, gaji 10 ringgit saja. Tapi dulu barang tak mahai macam la ni.

Sampai di BSN.

Tok : Terima kasih banyak la. Cheq ni bukan anak cucu tok pun bawak tok naik kereta elok macam ni.

Saya bertambahlah sebak. Suami bagi isyarat suruh bagi sikit duit. Tok ambil dengan linangan air mata. Sambil kata :

Tok : duit ni tok nak beli beras.
Saya : minta maaf la tok. Saya tak dapat bagi banyak. InshaAllah nanti kita jumpa lagi. Ni tok nak balik dengan apa pulak?

Tok : takpa, ada fiza dok dekat rumah tok, dia kerja dekat sini. Dia pun bukan adik- beradik tok, tapi dia baik. Cheq ada anak dak?

Saya : ada, tapi pagi ni anak ada di rumah mak.
Tok : kalau cheq bawa tok nak pegang, cium dia.
Saya : inshaAllah tok, nanti saya pi cari tok di rumah.
Tok : Dok elok - elok na laki bini.
Saya : InshaAllah tok, doa kat kami.

Tok pun pi dengan bergenang ayaq mata. Saya pulak apa lagi, hujan terus la.

¤sampai ke malam ni dok teringat lagi kisah tu. ALLAH, tak tau apa nak kata. Cuma saya pasti hidup anak-anak Tok tak ada keberkatan. Berapa ramai manusia yang telah kehilangan ibu, rindukan doa ibu. Kalian pulak, abaikan ibu yang masih ada, doa2 beliau amat penting dalam menjalani hidup.

Taip ni pun hujan lagi!

0 comment... add one now