Kisah Seorang Pelancong Jepun Dan Pemandu Teksi






Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah menarik di antara seorang pelancong Jepun dan pemandu teksi di Malaysia..





Nak dijadikan cerita pada suatu hari, seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.







Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemanduteksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana.



Tiba2, sebuah kereta memotong.
“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.



Sampai di lapangan terbang..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

0 comment... add one now