Malaysia perlu bayar pampasan kepada China untuk setiap kelahiran anak panda kemudian perlu memulangkan anak panda tersebut .




KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membayar US$600,000 kepada China bagi setiap anak panda yang dilahirkan disini selepas 12 bulan dan memulangkan anak panda itu kepada China apabila usianya mencecah 2 tahun, kata Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Perkara ini termaktub dalam perjanjian antara Malaysia dan China yang mana turut menyebut dua ekor panda, Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi (Liang Liang), dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun, kata beliau dalam satu sidang media selepas membuat lawatan rasmi ke Zoo Negara hari ini.

"Tidak, panda-panda itu bukan milik Malaysia, walaupun mereka lahir di Malaysia

"Kita perlu memulangkan anak panda itu ke Chengdu, China, selepas dua tahun. Kita juga perlu memberikan hadiah di atas kelahiran panda, iaitu US$600,000 bagi setiap panda yang dilahirkan di sini", tambahya.

"Untuk memberi nama kepada panda (yang baru dilahirkan), kita perlu persetujuan dari China seperti dalam perjanjian", kata Wan Junaida sambil menambah kementerian akan menganjurkan satu pertandingan menamakan anak panda itu.

China bersetuju meminjamkan dua ekor panda bagi menanda 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada tahun ini.

Wan Junaidi berkata Malaysia adalah negara kelapan yang menghasilkan panda daripada 18 negara yang mempunyai panda di dunia ini.

0 comment... add one now