Gambar Amir Khan naik Haji ini akan buat anda terpegun






Siapa sangka dalam kesibukan pelakon dan pengarah Bollywood, Amir Khan dengan agenda duniawi, beliau masih sempat untuk meluangkan masa untuk mengerjakan haji ke Mekah. Pemergian pelakon yang terkenal dengan filem Lagaan dan Three Idiots tersebut turut ditemani oleh ibu kandung beliau, Zeenat Hussain.

Amir Khan adalah pelakon yang datang daripada keluarga anak wayang. Bapa Amir Khan adalah Tahir Hussain iaitu pelakon dan pengarah awal tahun 1970-an. Bapa saudara Amir Khan juga daripaa keluarga anak wayang iaitu Nasir Hussain. Nasir Hussain adalah orang yang bertanggungjawab membawa Amir Khan ke layar perak seawal usia 9 tahun menerusi filem bloksbuster Bollywood, Yadoon Ki Baarat.

Digelar Mr. Perfectionist dek kerana sikap cerewet dan teliti ketika bekerja, Amir Khan mengerjakan haji pada tahun ini adalah kali pertama buatnya serta ibu beliau. Menurut beberapa sumber, keinginan mengerjakan haji telah tersimpan begitu lama dan pada tahun ini segala-gala telah menjadi kenyataan. Diharap, Amir Khan dan ibu beliau mendapat haji yang mabrur di sisi Allah swt. Amin.





















0 comment... add one now