Mukjizat Kalimah Nama Nabi Muhammad pada tubuh manusia.

kredit - https://takusahrisau.wordpress.com/2011/05/11/gambar-mukjizat-kalimah-kalimah-suci-muhammad-dan-ahmad-saw/

Muhammad saw adalah rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada umat manusia. Untuk nabi Muhammad saw dan umatnya, telah diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi panduan dan pedoman untuk sekalian umat Islam. Nabi Muhammad saw adalah sesempurna manusia yang pernah diciptakan Allah swt. Beliau adalah Rasul, negarawan, ahli politik, pemidato hebat, panglima perang dan pada masa yang sama adalah seorang ketua hakim kepada umat yang dipimpinnya. Keistimewaan Rasulullah saw digambarkan dalam al-Quran sebagaimana berikut,

Bahawa sesungguhnya Kami (Allah) tidak mengutusmu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam semesta

(Surah al-Anbiya ayat 107)



Terdapat beberapa keistimewaan yang boleh dilihat pada kalimah Muhammad. Inilah mukjizat yang Allah swt berikan kepada nabi junjungan kita, Muhammad saw. Berikut adalah tiga keistimewaan yang tersirat yang mana ia tidak mungkin diperoleh tanpa membuat kajian dengan teliti dan juga tanpa kecintaan kita kepada baginda.



1. Kalimah Muhammad dibentuk daripada jasad manusia

Kalimah Muhammad pada zahirnya hanya memberi erti ‘yang terpuji’. Kitab-kitab suci Taurat dan Injil ada menyatakan nama Ahmad dalam isi kandungannya bagi menggambarkan Muhammad. Namun ia adalah satu kalimah yang membawa maksud yang sama.

Kalimah Muhammad secara ajaib sebenarnya adalah dibentuk daripada jasad manusia itu sendiri. Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian dan Muhammad saw pula adalah sebaik-baik manusia.!

7.Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang,8. dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.

(Surah Al Infithaar ayat 7-8)



Terbentuk daripada jasad manusia



(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

2. Kalimah Ahmad dibentuk daripada tertib-tertib solat

Bergitu juga dengan nama ‘lain’ baginda Rasulullah saw iaitu Ahmad. Dalam ejaan Arab, kalimah Ahmad telah membentuk tertib-tertib solat yang telah diperintah oleh Rasulullah saw. Solat adalah ibadah paling utama dan paling besar pula keutamaanya di sisi Allah swt.

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Surah an-Ankabut ayat 45)




Terbentuk daripada tertib-tertib solat



3. Kalimah Muhammad dibentuk daripada tertib sujud dalam solat

Jika kalimah Ahmad terbentuk daripada tertib-tertib dalam solat, kalimah Muhammad pula terbentuk daripada tertib sujud dalam solat itu sendiri.

Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.

(Surah al-Hajj ayat 77)




Terbentuk daripada tertib sujud dalam solat

0 comment... add one now