Cara solat dalam kereta ketika terperangkap dalam Jem.
















  Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Solat fardu adalah solat yang telah di tentukan waktu-waktunya. Tidak boleh di tinggalkan begitu saja tanpa sebab yang di benarkan oleh syarak. Seseorang tak boleh mengqada’kan solat fardunya dengan sengaja. Jika sudah tahu jalan raya sesak pada waktu puncak maka kita kena merancang di mana kita nak solat supaya tidak tertinggal begitu sahaja. Jika kita terperangkap di jalan raya dan tidak ada ruang solat maka kita boleh jamakkan solat tersebut atau solat di kenderaan yang kita naiki. Contoh : Setelah habis kerja dan setelah selesai solat asar kita meneruskan perjalanan balik ke rumah, di dalam perjalanan ada kemalangan jalan raya masuk waktu magrib kita masih terperangkap di jalan raya ( tidak ada solat hormat waktu)




Maka ada 2 cara solat:

Pertama : Kita boleh buat jamak takhir iaitu kita niat solat magrib di jamakkan dengan isyak di buat pada waktu isyak. Tak boleh di qasarkan kerana kita bukan musafir. Di haruskan jamak di sebabkan keadaan dharurat (terpaksa). Bukan solat qada’ magrib kerana tak ada qada ‘ jika meninggalkan solat dengan sengaja.

Kedua kita solat magrib di kenderaan yang sedang bergerak.





Cara-caranya : SOLAT DALAM KENDERAAN

Seseorang yang sedang bermusafir atau terperangkap di jalan raya dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Tetapi dengan syarat sudah ada wuduk.

Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan (ketika musafir) setelah cukup syarat-syaratnya.


PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN


1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan

2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.

3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram

4. Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa

5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.

6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.

7. Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.

8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.

0 comment... add one now