Buat Sendiri Ubat Batuk Menggunakan Buah Nanas, 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Klinik




Ramai kita diluar sana akan mencari ubat membeli ubat-abat di farmasi atau kedai jika di jangkiti batuk, ada antara kita memilih ubat yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan ada antara kita memilih ubatan kimia.

Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan tradisional bebas kimia, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norashikin Bt Hasan di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.



Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.

Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara




1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.





2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. :-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.





3. Blend sampai halus. Tapis.





Ini hasilnya.'





4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.





5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'





6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.





7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak.





8. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.

EDITED: Kami di Siakapkeli tidak mengesyorkan jus nanas ini diberikan kepada bayi kerana sifatnya yang tajam.





Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.

Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. -Siakapkeli.my

KOMEN PAKLONG

Kalau hampa betul-betul tak lena la cikgu mengajar sains kat sekolah, hampa akan faham , semua benda sekeliling kita adalah berasal dari tindak balas kimia. Jadi kalau ada yang guna resepi ni untuk lari dari ubat kimia hospital, ubat nanas ni pun ada bahan kimia sayang oi .Manusia akan takut pada benda yang dia tak faham, sebabtu ramai benar yang share resepi ni , sebab nampak simple, dan hampa  faham ramuan dia dari awal sampai habis.

Jadi, dengar cakap Paklong ni, ubat klinik tak semestinya tak bagus sebab dia ada bahan kimia, jus nenas ni pun ada bahan kimia, tahi telinga hampa pun bahan kimia, air liur hampa pun bahan kimi. Jangan serbu takutkan benda yang kita tak faham, Paklong tak suruh semua hampa pi apply kos farmasi sebab  nak faham ubat batuk , kalau tak tahu, TANYA . Ada orang lain dalam kampung kita yang dah belajar  pasal ubat ni  5 6 tahun dah  , contohnya DOKTOR  dan FARMASI.

Puas kena berleter? Paklong blah dulu , air dah mendidih kat dapur.



3 comments.. read them below or add one