Mengapa Kita Tidak Boleh Mengucap "ISRAEL LAKNATULLAH"





Kamu Mencela Israel Sedangkan Itu Nama Nabi Ya'kub Alaihisalam



Baru baru ini dengan conflict yang telah dilakukan oleh Rejim Zionist Laknatullah terhadap Palestine sudah membangkit kemarahan umat manusia lagi lagi umat islam. Kemarahan ini memang sepatutnya ada dan kami umat islam juga lebih diutama untuk merasa marah dan tidak puas hati kerana saudara kita dizalimi.


Tetapi ada yang melampaui batas hingga mereka mencaci dan mencela dan ada yang hingga melaknat ISRAEL. Memang niat itu hendak mencela negara Israel dan bukan lah terhadap Nabi Allah Ya'kub Alaihisalam yang digelar Israel juga.


Jadi persoalannya adakah ini dibolehkan walaupun niat kita bukan hendak mencela seorang Nabi Allah?


Israel adalah gelaran bagi Nabi Ya'kub Alaihisalam


Allah ta’ala berfirman:

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ
“Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Israel untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan.” (QS. Ali Imran: 93)

Israel yang pada ayat di atas adalah Nabi Ya’qub ‘alaihis salam. Dan nama ini diakui sendiri oleh orang-orang yahudi

Apa erti Israel?

Kata “Israil” merupakan susunan dua kata israa dan iil yang dalam bahasa arab artinya shafwatullah (kekasih Allah). Ada juga yang mengatakan israa dalam bahasa arab artinya ‘abdun (hamba), sedangkan iil artinya Allah, sehingga Israil dalam bahasa arab artinya ‘Abdullah (hamba Allah). (Simak Tafsir At Thabari dan Al Kasyaf untuk surat Al Baqarah ayat 40)


Hujjah Pertama

1. Israel adalah nama gelaran bagi Nabi Yakub Alaihisalam. Meskipun niat kita bukan hendak mencela baginda a.s



Allah melarang para sahabat untuk menggunakan kalimat yang disalah gunakan oleh Yahudi ketika memanggil Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): “Raa’ina”, tetapi Katakanlah: “Unzhurna”, dan “dengarlah”. dan bagi orang-orang yang kafir siksaan yang pedih. (QS. Al-Baqarah: 104)
Kata raa’ina memiliki dua kemungkinan makna,
Diturunkan dari kata raa’a – yuraa’i yang artinya perhatikan. Sehingga raa’ina bermakna perhatikanlah kondisi dan keadaan kami.
Diturunkan dari kata ru’unah, yang artinya orang bodoh. Sehingga kata raa’ina bermakna ’orang bodoh di kalangan kami.’
Jadi para sahabat menggunkana perkataan "Raa'ina" dengan makna yang pertama iatu
"Ya Rasulullah raa'ina" iatu "Wahai Rasulullah, perhatikanlah kami..
Tetapi pada masa yang sama puak Yahudi menggunakan perkataan yang sama dengan maksud yang kedua iatu
"Ya Muhammad raa'ina" iatu "Wahai Muhammad orang bodoh di kampung kami."

Maka Allah swt menurukan ayat tersebut sebagai teguran dan menyuruh mereka untuk menggunakan perkataan yang lain iatu undzurnaa, yang maknanya sama.

Di sini jelas, kita yakin bahawa Para Sahabat tidak ada niat sekali hendak menggunakan maksud yang kedua terhadap nabi. Tetapi kerana perkataan itu mempunyai dua maksud yang berlainan dan Allah swt menyuruh untuk gunakan perkataan yang lain.

Begitu juga dengan maksud Israel iatu boleh jadi disandarkan kepada Nabi Ya'kub Alaisalam tetapi boleh juga disandarkan kepada Negara Israel, Walaupun tidak ada niat sekali pun untuk mencela Nabi Ya'kub tetapi guna lah perkataan lain seperti Yahudi, Zionist dan sebagainya.

Hujjah Kedua


Allah menyebut yahudi dalam al-Quran dengan dua nama; Yahudi dan Bani Israil.
Sebagai mukmin yang baik, kita selayaknya lebih mengedepankan istilah yang Allah gunakan dari pada istilah buatan manusia. Karena ini termasuk bentuk menjaga keotentikan syiar islam.
Kerana Allah gelarkan Yahudi dan Bani Israel maka kita elak dari menggunakan istilah baru iatu "Israel" yang disandarkan kepada Negara Israel.

Hujjah Ketiga

Celaan dan makian ini boleh disasarkan kepada Nabi Ya'kub.
Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdakwah di Mekkah, orang-orang musyrikin Quraisy mengganti nama Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Mudzammam (manusia tercela) sebagai kebalikan dari nama asli Beliau Muhammad (manusia terpuji). Mereka gunakan nama Mudzammam ini untuk menghina dan melaknat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mudzammam gila, Mudzammam tukang sihir, dst. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak merasa dicela dan dilaknat. Karena yang dicela dan dilaknat orang-orang kafir adalah “Mudzammam” bukan “Muhammad”. Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidakkah kalian heran, bagaimana Allah mengalihkan laknat dan celaan orang Quraisy kepadaku. Mereka mencela dan melaknat Mudzammam sedangkan aku Muhammad.” (HR. Ahmad 7331, Bukhari 3533, dan Nasai 3438)

Di sini, bahawa apa yang dicela dan dilaknat oleh Puak Yahudi sebenarnya tidak disasarkan kepada Rasulullah SAW kerana Nama baginda SAW bukan lah Muzammam tetapi Muhammad SAW.
Walaupun memang benar bahawa puak Yahudi berniat untuk mencela Nabi SAW tetapi Baginda SAW tidak anggap itu sebagai celaan kepada baginda SAW sebab itu bukan nama baginda saw.
Maka begitu juga, boleh jadi orang yang suka mencaci dan menlaknat Israel disasarkan kepada Nabi Ya'kub Alaihisalam kerana itu memang nama baginda.

Hujjah Keempat

Nama Israel seperti dibincangkan maksud dia sangat baik iatu Kekasih Allah atau Hamba Allah. Jadi bukan perkara yang baik jika kita menlaknat nama itu dan mencaci ia.
Jadi elak kan lah dari menggunakan nama Israel. Gunakan nama seperti Yahudi, Bani Israel maupun Rejim Zionist.


Wallahualam

0 comment... add one now