12 Kali Ganda Racun Ular – Doktor Ini Kongsi Tips & Langkah Penting Elak Derita Bisa Charlie









Seram sangat bila tengok kesan akibat terkena gigitan charlie ni, kulit merah kehitaman dan menggelembung. Mesti rasa sangat pedih dan gatal. Walaupun binatang ni nampak kecil je tapi racunnya sangat berbisa, bersamaan 12kali ganda racun cobra/ular tedung!

Jom baca tips-tips nak mengelakkan daripada terkena gigitan charlie yang dikongsi doktor ini. Jangan ambil ringan! Kesian anak-anak kalau terkena.


Racun dari Charlie bersamaan 12 kali ganda racun Cobra/Ular Tedung



(Sekadar gambar hiasan)


ILMU KESIHATAN. Artikel 381.
Kenal tak Mr. CHARLIE? Kacak handsome tu. PENGGODA! Siapa rapat dengan dia pasti jadi mangsanya. Ia Cassanova BERBISA!!! hihihi

Mai doc bagi info sapa Cassanova ni supaya anda tak jadi mangsa durjananya.

A. Mr. Charlie (nama glamournya). Handsome kacak. Tapi siapa tergoda, mangsanya akan dapat habuan racun dari Mr. Charlie bersamaan 12 kali ganda racun Cobra/Ular Tedung. Rove Beetle atau Charlie ni kita panggil SEMUT SEMAI/SEMUT KAYAP.

B. Charlie ni duk di sawah padi, padang dan hutan. Nak tau dak dalam badan Mr. Chalie ni ada sejenis TOKSIN terbisa di dunia, dipanggil ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) . Jika racun tu kena kulit kita, kulit kita merah kehitaman macam terkena api. Pedih, sakit dan gatal dipanggil “whiplash atau lineris dermatitis”.
Empat langkah penting elak gigitan Charlie



(Sekadar gambar hiasan)


C. Doc nak bagi tau apa yang Mr. Charlie suka:
1. Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. Elok tutup lampu, tutup semua pintu dan tingkap supaya gang-gang Mr. Chalie tak mai serbu pada cahaya.
2. Gunakan jaringan nyamuk untuk elak Mr. Charlie masuk rumah.
3. Jangan guna semburan aerosol serangga sebab Mr. Chalie kebal dengan Aerosol.
4. Kalau le Mr. Charlie merayap atas badan anda, kuis je, jangan menjerit/jangan pukul sampai perutnya TERBURAI pecah. Ini la kesilapan kita pi hentam cassinova tu sampai terburai isi perut!! Tau tak BISA/RACUN dalam perut dia tu ada HAEMOLIF tu yang 12 kali bisa ular senduk akan lekat pada kulit anda lalu TERBAKAR KULIT ANDA. KULIT JADI KEMERAHAN atau GELEMBUNG. Lalu kulit jadi PEDIH, SAKIT dan KEHITAMAN. Kadang GATAL…. Aduui emak Sakiiitnya.
Ubat gegat paling mujarab nak halau Charlie


D. Apa patut anda buat bila kena Racun Mr. Charlie
1. PI MANDI TERUS. Buang bekas racun tu secepat mungkin. Jangan jari kita menggatal tu pi garu di kulit tu.
2. Ada yang kena ALAHAN kulit yang teruk mesti dapat rawatan perubatan.

E. Senjata yang dapat JAUHKAN Casanova ni bukan PERFUME HIGH CLASS YANG WANGI SEMERBAK tapi… hihihi… UBAT GEGAT je! Dia lari lintang pukang.

F. Hihihi… Nasihat doc
Lebih baik mencegah daripada mengubati kan! Bawalah UBAT GEGAT selalu dalam poket anda… doc melawak je.

Ada soalan, doc jawapkan.

Drp Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda.
Bayan Lepas. Penang.
Tel: 04-6444181

0 comment... add one now