Apa yang Lee Chong Wei boleh ajar anda tentang kejayaan





Kalau tanya orang Malaysia tentu semua kenal siapa Lee Chong Wei. Dia pemain badminton no 1 negara kita. Malah dia juga pemain badminton no 1 dunia.

Bukan calang-calang orang untuk jadi pemain no 1 dunia. Banyak ranjau dan duri perlu ditempuhi. Kalau nak jadi pemain badmnton negara no 1 perlu lihat jalan yang ditempuhi oleh Lee Chong Wei.

Tapi anda dan saya juga boleh lihat dan belajar daripada Lee Chong Wei. Saya seorang usahawan, dan menjadi impian saya untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan.

Anda juga tentu ada kerjaya masing-masing. Dalam menjalani kehidupan anda di dalam kerjaya yang dipilih tentu perlukan kemahiran yang tertentu. Kemahiran itulah yang menjadi penentu samada anda berjaya dengan cemerlang atau tidak dalam kerjaya anda.

Jadi persoalannya adalah apakah yang Lee Chong Wei boleh ajar anda tentang kejayaan?


Untuk meringkaskan cerita, tak ada yang lebih membantu Lee Chong Wei untuk mencapai kejayaan selain dengan menghabiskan kebanyakan daripada masanya untuk berlatih bermain badminton.

Pemain badminton hebat menghabiskan masanya untuk bermain badminton.

Pelukis yang hebat menghabiskan masanya untuk melukis

Penulis yang hebat menghabiskan masanya untuk menulis

Ahli fizik yang hebat menghabiskan masanya untuk mendalami ilmu fizik
Tentu anda dah dapat tangkap apakah pelajaran yang Lee Chong Wei boleh ajar kita tentang kejayaan bukan?

Ya! tak ada cara lain selain daripada fokus pada kemahiran yang anda mahu pertingkatkan. Hanya satu kemahiran saja yang ditumpahkan usaha sebanyak masa yang mungkin yang embuatkan anda meningkat sedikit demi sedikit ke kemuncak.

Cuba bayangkan kalau Lee Chong Wei habiskan masanya untuk berlatih 3 sukan dari dulu sampai sekarang.

 Dia hanya akan jadi ahli sukan berbagai disiplin dan sudah tentu pemain no 1 bukan miliknya.
Persoalan selanjutnya sekarang apakah perkara satu tu yang anda mahu kuasai?

Masalah paling utama yang kita semua hadapi adalah tidak tahu apa sebenarnya yang kita mahu jadi. Ramai orang tak pasti apa dia nak jadi. Sekejap itu dan sekajap ini.

Sekejap nak makan gaji dan naik naik pangkat sekejap nak berhenti kerja dan berniaga. Bila berniaga pula sekejap nak buat bisnes dodol sekejap nak buat roti benggali.

Sekejap nak jadi taukeh kedai makan sekejap nak jadi kontraktor Kelas A…. begitulah seterusnya. Bila sedar sedar masa dah habis. Umur dah meningkat dan anda masih tak kemana.
Belajarlah dari Lee Chong Wei tentang kejayaan diperingkat tertinggi

Marilah kita rehat sebentar. Ambil buku tulis, sebatang pen dan fikirkan apakah sebenarnya yang aku nak jadi. Fikir sedalam-dalamnya dan tulis besar-besar apakah impian anda.

Bila dah tahu, bila dah pasti, mula atur langkah untuk luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk mencapai apa yang anda mahu dengan membina kemahiran yang diperlukan.


Hanya kata Ya! untuk perkara tersebut dan selain darinya perlu dikatakan Tidak!.


Carilah jalan untuk tingkatkan kemahiran anda dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Jangan berpuas hati dengan tahap ang anda ada sekarang.

Perlu bersedia untuk ubah cara berfikir.

Perlu sedia untuk ubah cara bertindak.

Perlu sedia untuk ubah cara bekerja.

Belajar dan belajar untuk meneroka cara baru yang lebih baik.

Semua itu diperlukan jika anda berminat tentang kejayaan… selamat mencuba!

0 comment... add one now