Awas!!! Teknik Terbaru Merompak Pemandu Kereta

Kebelakangan ini terdapat dua taktik terbaru yang digunakan untuk merompak anda dan kereta anda.








1) Selit kertas/cardboard/akhbar di wiper cermin belakang
Satu kejadian telah berlaku dimana seorang pemandu masuk ke dalam keretanya; buka gear lock, steering lock, start engine dan bersedia untuk memandu apabila ia melihat melalui back mirror dan ternampak satu keratin akhbar yang diselit di wiper cermin belakang. Beliau keluar dari kereta untuk membuang keratan akhbar itu dan diwaktu itu tiga orang lelaki bersenjatakan pisau menyerbu pemandu tersebut. Pemandu itu dipukul, dirompak dan keretanya dirampas (perhatikan bahawa engine kereta tersebut sedang running).
Tambahan pula perompak telah merampas wallet dan beg pemandu tersebut (yang mengandungi kunci rumah) dan mereka boleh terus ke rumah pemandu malang itu untuk seterusnya merompak rumah beliau.

Pemandu malang itu pastinya tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia hanya terbaring kesakitan dan tiada handphone untuk membuat panggilan kerana sudah dirampas perompak. Bayangkan jika ia terjadi kepada pemandu WANITA!!! Kemungkinan untuk dirogol dan di liwatserta dibunuh lebih tinggi. Dari itu, sebelum anda meneruskan pemanduan, pastikan:

a. Anda membuang terlebih dahulu apa-apa kertas/cardboard/ akhbar dsbgnya yang diselit pada wiper cermin depan dan belakang kereta anda·

b. Apabila masuk ke dalam kereta, perkara pertama yang MESTI dilakukan ialah tutup semua pintu dan tekan Central Lock . Selepas itu barulah hidupkan enjin dan buka cermin sebelah pemandu hanya sekadar dua inci sahaja (untuk pengaliran udara)·

c. Pastikan Handphone "on" sentiasa dan ada cukup credit untuk membuat panggilan. Pastikan terdapat nombor panggilan kecemasan dan nombor balai polis didalam handphone anda.

2) Kertas suratkhabar dijalan raya
Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup dengan suratkhabar/kertas lain. Jika boleh, janganlah anda melanggarkertas tersebut. Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/van yangmenawarkan untuk menolong menggantikan tayar. Biasanya pemandu akan keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut. Diwaktu itulah mereka akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya sekali. Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi!!!!lebih lagi penjenayah tu 12 orang,bergilir la, Oleh itu antara tips penting ialah :

a. Jika anda telah terlanggar kertas tersebut dan tayar pancit, cuba hentikan kereta anda ditempat yang ramai orang contohnya berdekatandengan bus-stop, kedai, sekolah, tempat hentian (kalau di highway) dll.

b. JANGAN melulu keluar dari kereta . Terlebih dahulu telefon POLIS . Kemudiannya call husband/ wife/ tunang/abang/ adik/ ayah/ ibu/ kawan/jiran/saudara-mara dsbgnya . Beritahu polis dan mereka tentang dimana lokasi anda berada sekarang.

c. Jika terdapat kenderaan yang tiba-tiba datang dan menawarkan pertolongan; berkomunikasilah dengan mereka melalui cermin pemandu sahaja. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda !! Buka cermin sedikit dan minta IC mereka. Kemudian tuliskan nombor plat dan jenis kenderaan mereka.

d. Call polis sekali lagi untuk memberi mereka butiran tersebut (nama dan IC orang itu beserta jenis dan nombr plat kenderaan mereka).

e. Pada setiap masa tersebut pastikan kereta anda didalam CENTRAL LOCK· Tetapi kalau anda bernasib baik dan selepas menunggu seketika tiada sesiapa yang mencurigakan datang untuk "menghulurkan bantuan" maka anda terus call pihak bantuan kenderaan anda (Sahabat EON / AAM / AIM dsbgnya untuk membantu anda).

f. Duduk di dalam kereta sambil menunggu mereka sampai. Menelefon mereka sekadar untuk menggantikan tayar mungkin kedengaran seperti remeh namun ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda. Kita perlu berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan nasib kepada Tuhan.

g. Jika pihak yang mencurigakan itu tidak mahu memberikan IC mereka dan mereka mula mengancam anda dan memaksa anda keluar dari kereta, maka tekanlah hon sekuat hati secara berterusan tanpa henti dan naikkan sepenuhnya cermin sebelah pemandu tadi. Mudah-mudahan ia akan menarik perhatian orang ramai.Ini bukan rekaan atau spekulasi.

Kejadian -kejadian ini telah dan akan berlaku lagi. Anda atau keluarga anda mungkin mangsa seterusnya. Berilah peringatan kepada diri sendiri dan orang yang anda kasihi terutamanya kepada isteri, kakak,adik perempuan, tunang, girlfriend, ibu dan rakan/kenalan wanita yang lain. Bersama ini Acik ada sertakan nombor telefon pihak berkuasa untuk rujukan anda. Save nombor-nombor tersebut dalam handphone anda. Kalau boleh, print hard copy dan letak di rumah, pejabat dan satu salinan di dalam kereta anda.

Nombor Telefon Pejabat POLIS
Cawangan Bandar 03-2072 9044
Cawangan Traffik 03-4293 2763
Bukit Aman 03-2262 6222Ampang 03-4252 2222
Pandan Indah 03-9274 2222
Cheras 03-9284 2222
Dang Wangi 03-2070 2222
Brickfields 03-2274 2222
Petaling Jaya 03-7956 2222
Klang 03-3371 2222
Shah Alam 03-5510 2222
Gombak 03-6138 5222
Johor 07-2254 422
Melaka 06-2854 222
N. Sembilan 06-7635 522
Pahang 09-5902 222
Perak 05-2451 500
Penang 04-2221 522
Perlis 04-9082 222
Kedah 04-7741 222
Kelantan 09-7455 622
Terengganu 09-6354 722
Sabah 088-212 222
Sarawak 082-245 522



Acik : Jangan lupe...letak kan 1 botol perfume jenis spray dalam bekas duit syiling atau atas deskbox tu...bukan pe perfume pon leh jadi senjata..spray je kat mate...kenapa x caya? cuba la spray kat mate...pe rase?.

0 comment... add one now