Bagaimana China Melatih Atlit Olimpik Mereka?

 





Negara China dilihat semakin mendominasi sukan Olimpik apabila mula merangkak naik ke tangga ketiga pungutan pingat keseluruhan sukan Olimpik Rio 2016. Apakah sebenarnya rahsia kejayaan atlit-atlit China dalam mencatat kemenangan? Mereka mula dididik menjadi seorang atlit sedari kecil dengan pelbagai latihan intensif.



Gambar: www.smash.com

Gambar: www.smash.com

Walaupun nampak perit, tetapi wajah-wajah inilah yang bakal melahirkan pingat emas untuk negara China. Kanak-kanak berbakat ini sudah mula berlatih sukan sejak berumur 5 ke 6 tahun.


Gambar: www.smash.com

Gambar: www.smash.com

Gambar ini kebanyakannya diambil di Gimnasium Nanning, di Nanning China. Gimnasium ini terkenal sebagai sebuah kem sukan yang tegas. Biarpun nampak seperti mendera dan menakutkan, ibu bapa dengan rela menghantar anak mereka berlatih sukan disini untuk tersenarai sebagai wakil atlit China di Olimpik.


Gambar: www.smash.com

Gambar: www.smash.com

Ramai pelajar datang dari keluarga yang kurang bernasib baik yang melihat sukan sebagai tiket untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Mendapat tempat untuk ke ujian awal Olimpik membolehkan atlit dan keluarga mereka peluang hidup di bandar raya.


Gambar: www.smash.com

Gambar: www.smash.com

Gambar: www.smash.com

Menurut laporan Reuters, cara latihan ini telah bermula sebelum Olimpik Beijing 2008, kemudian ke Olimpik London 2012 dan juga kini di Rio 2016.


Gambar: www.smash.com



Masyarakat di China melihat sukan sebagai program yang elit dan inilah salah satu cara mereka meningkatkan semangat kebangsaan dan keyakinan terhadap negara serta mengharumkan nama negara


0 comment... add one now