KATA-KATA Terakhir Noor Amila Edrus Sebelum Mati Dibunuh Dengan Kejam!





Mayat kanak-kanak yang ditemukan dalam keadaan tragis di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.

Inilah kata-kata terakhir yang diungkap Noor Amila Edrus Norsham, 5, kepada ibunya Siti Nursharmila Tengku Hanafiah pada Aidilfitri lalu.


” Edrus minta maaf mak, Edrus minta ampun sangat-sangat, nanti kalau sempat Edrus datang tidur dengan mak ya.”

Siti Nursharmila, 46, berkata beliau tidak menyangka luahan maaf anak lelakinya itu yang bersungguh-sungguh kerana tidak dapat bermalam di rumahnya di Kepong pada hari raya pertama yang lepas menjadi pertemuan terakhir antara mereka berdua.

Anak sulung daripada dua beradik ini yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara hilang pada 11 Ogos lalu dan mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

“Hari raya pertama itulah kali terakhir saya berjumpa dengan Edrus,” kata Siti Nursharmila kepada Bernama di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur sambil tidak henti-henti menyeka air mata dan dipujuk saudara maranya.

Beliau sebelum itu rebah sejurus keluar daripada mengecam mayat anaknya.

Ketika ditanya, Siti Nursharmila berkata beliau tidak mengetahui motif anaknya diperlakukan sedemikian rupa.

Mayat anaknya ditemukan selepas seorang lelaki yang dikaitkan dengan kes kehilangan kanak-kanak tersebut membawa polis ke lokasi penemuan mayat Edrus.



Murid tadika itu dikatakan pergi menunaikan solat Maghrib di surau yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah ibu tirinya di Jinjang sebelum hilang.

“Edrus memang pantang mendengar bunyi azan. Dia akan terus ke surau atau masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah,” kata Siti Nursharmila yang bekerja sebagai jurujual di KLCC.

Sementara itu bapa mangsa Norsyam Jali, 63, berkata beliau reda dengan takdir yang berlaku ke atas anaknya.

“Saya juga serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan setimpal kepada pelakunya,” katanya.
Beliau menyifatkan Edrus sebagai anak istimewa kerana begitu berminat ke surau atau masjid sejak berumur empat tahun.

“Dia juga pandai mengaji dan cukup rapat dengan saya,” kata Norsyam . – Astro Awani


Lokasi penemuan mayat kanak-kanak malang itu di kawasan sungai Kampung Kemensah dekat Hulu Kelang.











0 comment... add one now