Kenapa Kena Jemur Bantal Kalau Sakit Leher?







Sakit tengkuk atau leher sering dialami ketika bangun tidur, perkara ini berlaku disebabkan oleh posisi tidur yang salah sehingga menyebatkan sakit pada otot leher. 

Sebahagian orang percaya sakit leher boleh diredakan dengan menjemur bantal. Betulkah macam tu?
Sebenarnya perkara itu tidak salah dan tidak juga betul. Bantal yang sudah terlalu lama tidak dijemur akan menjadi padat dan mengeras. Disebabkan faktor tersebut individu yang menggunakannya akan rasa kurang selesa ketika tidur. Malah lebih teruk lagi ia kan menyebabkan sakit leher.


Oleh kerana itu, untuk merawat atau mengelakkan leher anda sakit, menjemur bantal adalah salah satru cara untuk menghindarinya sekali gus menjadikan bantal lebih empuk dan selesa untuk digunakan.


Sumber plsshare.net.

0 comment... add one now