3 Resepi Biskut Bayi Tanpa Gula. Untuk Diet Pun Boleh!







“Si Rizqi dah masuk 6 bulan ni suka betul kunyah-kunyah. Takut pula nak bagi biskut yang dibeli, rasa macam semuanya manis. Nak buat sendiri jelah. Tapi, ada ke resepi biskut bayi tanpa gula? Sedap ke?”

Memang teruja nak suap anak dengan macam-macam makanan sejak anak dah masuk usia 6 bulan. Tapi, dalam keterujaan itu, kita perlulah juga berhati-hati dalam memilih makanan yang berkhasiat.

Betul, memang banyak biskut bayi yang dijual di pasaran, tapi banyak yang mengandungi gula atau ‘gula tersembunyi’ yang dilabel dengan nama saintifik yang mungkin tidak kita ketahui.

Untuk lebih selamat, anda boleh buat sendiri biskut bayi di rumah dengan bahan-bahan yang berkhasiat. Resepi biskut bayi tanpa gula ini semestinya mudah dan menyelerakan. Selamat untuk bayi mahupun orang dewasa yang ingin berdiet.

Jom tengok resepinya.



Foto Kredit: life.idntimes.com

3 RESEPI BISKUT BAYI TANPA GULA. UNTUK DIET PUN BOLEH!

Berikut adalah 3 resepi biskut tanpa gula yang boleh anda buat sendiri di rumah. Mudah saja. Bahan yang digunakan pun senang didapati.


1. RESEPI BISKUT YOGURT


Biskut yogurt ini rasanya lemak-lemak dan ‘plain’ saja. Istimewanya, ia mempunyai kemanisan semulajadi daripada kurma dan buah-buahan yang digunakan.

Biskut ini juga boleh dibancuh dengan susu dan dimakan seperti nestum. Makan begitu saja pun memang sedap kerana ia cair di mulut!

Lobak merah yang digunakan dalam resipi ini boleh digantikan dengan buah-buahan lain seperti epal, pear, kiwi, strawberri, atau apa-apa saja. Tapi, kurma memang digalakkan sangat kerana rasa manisnya boleh menjadi pengganti gula.



Bahan-bahan
250g unsalted butter
1 sudu besar plain yogurt
1 biji kuning telur (kalau bayi ada alahan telur, tak payah letak)
Puree kurma+kismis+carrot (blend 4biji kurma, 1 sudu besar kismis hitam, 3inci carrot yg direbus/kukus)

150g tepung gandum

100g tepung kastad
100g cawan tepung jagung

1/2 sudu kecil baking powder

50g susu formula(optional)

1 sudu besar serbuk badam (optional)

*NOTA: Tepung kastad menjadikan biskut ini sangat lembut dan senang cair di mulut. Tekstur sebegini lebih sesuai untuk bayi yang baru diperkenalkan kepada biskut. Jika bayi dah mula belajar memegang, gantikan tepung kastad dengan tepung atta/gandum supaya struktur biskut lebih kukuh dan tidak mudah pecah.

Cara-cara
Pukul butter dan telur kuning sampai kembang.
Kemudian, masukkan semua bahan untuk diuli sampai sebati.
Dah siap diuli, terapkan mengikut acuan yang digemari.
Akhir sekali, bakar suhu 120c selama 25-30min.
Apabila siap dibakar, biarkan sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

2. RESEPI BISKUT MIXED FRUIT


Berbeza dengan biskut yogurt di atas, biskut ini menggunakan lebih banyak bahan dan ada menggunakan bahan kering seperti buah-buahan campuran (mixed fruit). Maka, teksturnya lebih pelbagai dan lebih keras.

Ia sangat sesuai untuk bayi yang sudah mula memegang atau sedang tumbuh gigi (‘teething’).

Untuk mempelbagaikan rasa, anda juga boleh menambah parutan keju cheddar pada adunan biskut ini atau biskut-biskut yang lain. Lagi terasa lemaknya!



Bahan-bahan:

250g unsalted butter

50ml minyak zaitun

1 biji telur

150g puri kurma

200g plain yogurt

50g dried turnip/cranberry/kismis/mixed fruit

50g serbuk hazelnut

50g tepung jagung

450g tepung gandum (unbleached) atau tepung atta

1 sudu kecil soda bikabonat

1 sudu kecil krim of tartar

*NOTA: Adunan ini dapat menghasilkan lebih kurang 120pcs scoop guna sudu kecil (sudu makan anak).

Cara-cara:
Pukul butter sampai gebu putih (Rujuk gambar pertama untuk bezakan warna butter kuning yang belum dipukul. Yang putih dah dipukul selama 20 minit.)
Kemudian, masukkan telur, yogurt, kurma dan minyak. Pukul sebati.
Masukkan tepung jagung, gandum, soda bikabonat, cream of tartar, serbuk hazelnut, dried fruit. Gaul sebati.
Kemudian, masukkan dalam peti ais selama sejam.
Scoop ikut saiz yang sesuai. Guna acuan pun boleh.
Bakar suhu 120c selama 25-30min. (Bergantung kepada kepanasan oven dan saiz biskut anda.)
Siap. Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.

3. RESEPI BISKUT KOKO


Resepi ini tak banyak bezanya dengan resepi biskut tanpa gula versi mixed fruit di atas.

Ini kerana, tuan punya resepi hanya menambah sedikit lagi bahan untuk menjadikan rasa koko. Hasilnya, sangat sesuai untuk penggemar koko. Tak terlalu manis dan sesuai dengan tekak orang dewasa.

Bahan tambahan yang digunakan adalah serbuk koko dan bijan.



Bahan-bahan:
250g unsalted butter

50ml minyak zaitun

1 biji telur

150g puri kurma

200g plain yogurt

50g dried turnip/cranberry/kismis/mixed fruit

50g serbuk hazelnut

50g tepung jagung

450g tepung gandum(unbleached) atau tepung atta

1 sudu kecil soda bikabonat

1 sudu kecil krim of tartar
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil bijan putih & hitam

Cara-cara:
Gorengkan bijan putih & hitam tanpa minyak. Ketepikan.
Pukul butter sampai gebu putih
Masukkan bijan yang telah digoreng, telur, yogurt, kurma dan minyak. Pukul sebati.
Masukkan tepung jagung, gandum, soda bikabonat, cream of tartar, serbuk hazelnut, dried fruit. Gaul sebati.
Kemudian, masukkan dalam peti ais selama sejam.
Scoop ikut saiz yang sesuai. Guna acuan pun boleh.
Bakar suhu 120c selama 25-30min. (Bergantung kepada kepanasan oven dan saiz biskut anda.)
Siap. Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.




Foto Kredit: o.canada.com


BUKAN UNTUK BAYI SAJA


Senangnya resepi biskut bayi tanpa gula ini, bukan?

Yang penting, tiada tambahan garam mahupun gula, sesuai sangat menjadi makanan pertama bayi. Tak perlu risau akan nutrisinya kerana anda telah memasukkan semua buah-buahan berkhasiat tinggi daripada segala jenis buah yang digunakan.

Anak-anak yang dah besar pun bagus makan biskut yang homemade begini. Tidaklah cepat rosak gigi mereka.

Oh ya, nak bawa travel pun senang.

Selamat mencuba!



*Resepi asal oleh Puan Siti Salwa Kursiah Rozali ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Ikuti banyak lagi perkongsian resepi beliau di sini.

0 comment... add one now