Aircon Rosak, Hujan Pulak, Apa Nak Buat? Inilah 4 Langkah Yang 90% Pemandu Tak Tahu



Ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Oleh kerana anda dalam perjalanan balik kampung, kemungkinan besar anda ada membawa ubat gigi bersama anda.

Picit sedikit ubat gigi dan sapukan sama rata di bahagian dalam cermin kereta anda. Ini akan dapat membantu mengecah wap air dari mengaburkan cermin anda. Krim pencukur juga boleh digunakan namun mungkin ramai yang tidak menggunakannya. Begitu juga sabun buku.









Satu cara lagi, jika kebetulan ada ternampak kedai runcit, beli lah ubi kentang. Kaedah ini mudah akan membantu cermin anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuh menyahkabus visor helmet anda.

Langkah 1








Potong kentang mentah kepada dua bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.

Langkah 2








Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.


Langkah 3








Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika mahu.

Langkah 4








Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering.

Teruskan memandu! Mudah mudahan kini cermin atau visor anda tidak akan memeluwap lagi!

Sumber : Careta

0 comment... add one now