Cara Dapat Balik Duit Jika Ditipu Peniaga Online .. JAGA JAGA PENIPU BANYAK DALAM GROUP IKLAN NI











Zaman teknologi semakin canggih. Perniagaan atas talian semakin popular seiring dengan meningkatnya pengguna laman sosial seperti facebook dan instagram. Atas peluang ini, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu dalam perniagaan atas talian ini. Mereka menyangka dengan transaksi wang secara online tanpa bersua muka boleh menyelamatkan mereka dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Jika kena caranya, mereka pasti tumpas tetapi pembeli barangan secara online ini perlu menyimpan butiran peniaga online ini seperti nombor akaun bank dan nombor telefon.


Tetapi apa yang dikongsikan oleh Suzana OA di dalam Group Miri Community tampak lebih efisien dan lebih cepat untuk langkah mendapatkan kembali duit anda secara pantas sekiranya ditipu oleh peniaga online.


Hanya buat mereka yang pernah d tipu peniaga on9 n cara nak tebus duit balit dr c penipu.. Hari ini saya nak share cara untuk mendapatkan duit apabila buyer di tipu melalui transaksi online.
Senang saje dan dengan menggunakan cara ini, anda pasti akan dapat balik wang anda…



1. Tak Perlu Update Facebook

Apabila dah kena tipu, 1st thing… Ini penting… Mesti ingat….


1st yang kita kena buat, JANGAN UPDATE FACEBOOK… Tak guna update facebook.. Takkan dapat balik duit punya…


2. Buat Laporan Polis

2nd, kita buat report polis.. Dalam report tak payah nak cakap banyak… Tak payah nak kata benda Tak sampai la kena tipu la ke ape2… Kalau awak boleh report kena tipu barang Tak sampai, seller boleh report kata dah sampai… & cerita ini Tak akan habis punya… Buyer cakap Tak dapat, seller cakap dah send … Mmg bukan tanggungjawab polis atau bank nak selesaikan masalah ini… Diorang Xde kerja lain ke? Takkan nak settle kes mcm ni je… So biasanya diorang Tak follow up… So ape kita nak buat?? Dah lah kena kencing… Bazir masa dan bazir petrol pulak sekarang…


3. Isi Laporan Untuk Tindakan Bank

3rd, masa report tuliskan sahaja, SAYA TELAH MEMASUKI WANG KE ACCOUNT YANG SALAH, REPORT INI BERTUJUAN UNTUK RUJUKAN PIHAK BANK. Report ini kena buat sebab Tak buat, bank pulak Tak layan….


4. Pergi ke Bank

Bila dah buat report mcm ni, teruskan ke BANK dan tunjuk report, biasanya, BANK AKAN MENGARAHKAN PIHAK BERKENAAN UNTUK MEMULANGKAN WANG KEPADA ANDA…


Ramai yang akan tanya, ehhhh… Boleh keh macam ni? Saya silap bank in bukan salah sesiapa…
Jawapannya PASTI BOLEH… Kalau orang salah bank in 20,000 kat account kamu, kamu ingat Tak payah pulangkan ke?? Ingat boleh withdraw guna duit tu pastu update FB “YAY!! Ada orang tersalah bank in kat aku 20 ribu.. Best giler aku aku shopping beli banyak2 #VAPORSHARK” Mesti Tak boleh maaaa… Kena return juga mah… Kalau tak return, tunggu la Surat mahkamah ke ape2.. Tapi saya pasti anda Akan balik balik wang anda…

0 comment... add one now