Haron Din Meninggal Dunia, Ini Sumbangan Dan Jasa Beliau Pada Negara

 


“Berehatlah wahai murabbi. Bintang Syurga. Hadiah buat mu. Moga Allah muliakannya dunia dan akhirat. Kami bakal menyusul kelak.” Itulah di antara coretan yang ditulis oleh Fakhrul Radhi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fakhrul UNIC di facebook beliau.

16 September 2016, semperna sambutan hari Malaysia sebagai memperingati hari penyertaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia pada tahun 1963, tarikh ini jugalah menjadi catatan pemergian seorang lagi Tokoh Ulama Islam yang disegani dunia, Ustaz Dr Haron Din.



ALLAHYARHAM DATUK DR HARON DIN.

Menurut laporan dari Astro Awani, Datuk Dr Haron Din disahkan meninggal meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada jam 10.05 pagi waktu Malaysia.



Difahamkan, Datuk Dr Haron Din berlepas ke Amerika beberapa hari yang lalu untuk menjalani rawatan jantung yang dihadapinya. Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012.

Pemergian Datuk Dr Haron Din ini merupakan satu kehilangan yang cukup besar bagi rakyat Malaysia terutama buat seluruh umat islam. Al-Fatihah.


SUMBER GAMBAR

Sinonim sebagai pengamal perubatan islam selaku pengasas Darussyifa’, mari kita imbas kembali sedikit daripada sebahagian besar sumbangan beliau pada negara.

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975 sehingga 1976, menjadi timbalan dekan pada tahun 1977 hinga 1985 dan menggalas tugas sebagai Profesor pada tahun 1986 sehinggalah bersara.



Beliau juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah untuk CIMB, Bank Negara dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa untuk Negeri perlis dan Selangor.

Ketinggian ilmu beliau dalam bidang agama membantu menyelesaikan banyak masalah ummah sehingga diiktiraf dan dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1977.

Selain dari itu beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Panel Penasihat Pusat Pendidikan Islam, Penasihat Kebajikan Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM Malaysia dan banyak lagi. Terlalu banyak untuk kami senaraikan.



SUMBER GAMBAR

Beliau juga banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dengan menghasilkan buku-buku berkaitan pengajian islam, perubatan islam dan permasalahan fiqah semasa termasuk buku teks untuk Sekolah Menengah berjudul Obor Islam bermula dari siri 1 sehingga siri 5.

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga sangat aktif dalam aktiviti pengajian agama. Contohnya seperti memberi bimbingan kursus haji, memberi ceramah di kediaman YB Menteri Besar Selangor untuk kaki tangan kerajaan, mengambil bahagian dalam siri Ehwal Islam di Radion Televisyen Malaysia dan banyak lagi.

Terlalu banyak sumbangan beliau dan jasa pada negara khasnya buat umat islam di seluruh Malaysia. Panjang jika ingin kami huraikan satu persatu, tidak terhitung jumlah kebajikan yang telah beliau lakukan terutama dalam menyelesaikan masalah ummah.

Dikesempatan ini, kami dari Vocket mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

0 comment... add one now