Hukum Korban Binatang Bunting



Dari wall fb rakan ku...


 
Sumber: whatsapps



Musim korban tak habis lagi... jadi isu pula sekarang ni, kes korban binatang bunting... Sebenarnya, ni kes terpencil kot... sebab biasanya jarang berlaku..kecuali kat kampung-kampung yang memang takde bidan binatang... tapi kalau korban yang besar, ada pegawai binatang dari veterinar akan datang check dulu, kot-kot binatang tu bunting... Apa hukum korban binatang bunting??? Sah ke korban dan makan binatang yang dah jadi korban tu???


Sebelum tengok lebih lanjut, kita kena tengok dulu apa syarat-syarat utama binatang yang hendak dijadikan korban tersebut.


JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA


Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban itu ialah:


Binatang korban itu hendaklah binatang ternakan (an‘am) seperti unta atau yang sejenisnya, lembu atau yang sejenisnya seperti kerbau dan kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِّيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ ٱلأَنْعَامِ


Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu".(Surah al-Hajj: 34)


Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud korban, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadits:


خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم مهلين بالحج فأمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشترك في الإبل والبقر كل سبعة منا في بدنة


Maksudnya: "Kami keluar bersama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم (dari Madinah) mengucapkan لا إله إلا الله, dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah".(Hadits riwayat Muslim)


Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah korban tersebut.


Afdhalnya binatang yang dibuat korban itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.


Binatang itu hendaklah cukup umur. Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:


لاَ تَذْبَحُوا إِلاَّ مُسِنَّةً إِلاَّ أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنَ الضَّأْنِ


Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri." (Hadits riwayat Muslim)


Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:

Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.
Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.
Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)


Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda bermaksud: Binatang korban yang paling bagus adalah jadza kambing (Hadith riwayat Termizi dan Ahmad)


Uqbah bin Amir رضي الله عنه telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai jadza. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Berkorbanlah dengannya. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Imam Syafie kalimah jadza dalam hadith-hadith diatas itu bermaksud kambing biri-biri yang berumur satu tahun. Dan menurut Imam Nawawi: Keseluruhan ulama mazhab telah mengharuskan anak biri-biri yang berumur satu tahun (untuk korban) meskipun ia mendapat binatang lain ataupun tidak.


Didalam kitab Hasyiah al-Baijuri, Juz 2, halaman 306, ada menyebut “Mengikut pendapat yang rajih, apabila biri-biri yang belum sampai umur satu tahun tetapi telah bersalin giginya selepas ia berumur enam bulan maka boleh dibuat korban.”


Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.


Yang lebih afdhal berbuat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy, kemudian seekor kambing, kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu dan tujuh (7) ekor kambing lebih afdhal dari seekor unta dan seekor lembu atau kerbau.


Binatang terafdhal untuk dijadikan korban ialah unta, kemudian lembu kemudian biri-biri dan kemudian kambing. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang.


Tujuh (7) ekor biri-biri untuk korban adalah lebih afdhal daripada tujuh (7) ekor kambing untuk korban. Manakala tujuh (7) ekor kambing adalah lebih afdhal daripada satu ekor unta untuk korban kerana bertambahnya taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.


Binatang korban itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:


أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الْأَضَاحِيِّ فَقَالَ: الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا، وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا، وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ضَلْعُهَا، وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى


Maksudnya: "Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: "Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah." (Hadits riwayat Abu Daud)


Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan korban itu ialah:

Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat korban.

Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat korban.
Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat korban.
Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.
Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.
Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227)
Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat korban. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)
Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.
Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Pendapat ini adalah muktamad. Mengikut Ibn al-Rif’ah memadai korban daripada binatang yang bunting. Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)
Binatang yang harus dibuat korban itu tidak kira samada jantan atau betina atau khuntha.


Binatang yang dikasi, sah dan harus dibuat korban, kerana dengan dikasi tubuhnya semakin bertambah gemuk. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)


Tambahan: Ibnu Abbas رضي الله عنهما berpendapat bahawa adalah memadai korban itu hanya dengan “menumpahkan darah” walaupun dengan binatang seumpama ayam atau itik, sebagaimana yang dikatakan oleh Midaani. Syeikh (guru) bagi Syeikh al-Bajuri menyuruh supaya bertaqlidkan kepada pendapat Ibn Abbas ini dan beliau mengqiaskan ‘aqiqah keatas korban dan menyuruh sesiapa [yang tak mampu] yang memperolehi anak membuat aqiqah dengan ayam jantan berdasarkan kepada mazhab Ibn Abbas. (Hasyiah al-Allamah Baijuri & Matla al-Badrain) – Yang ni bagi mereka yang tersangat tak mampulah!
Sumber


Jadi, jelaskan syarat-syarat binatang yang boleh buat korban dengan tak boleh.. Jadi persoalannya jika dah terkorban.. kita tak tahu, boleh ke makan??? ok.. ni jawapan dari Mufti Perak:

Umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang sedang bunting, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih.
"Tujuan larangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak itu mungkin untuk memperbanyakkan baka lembu dan bekalan daging dalam negeri supaya tidak perlu diimport dari luar. "Dari segi syarak, tiada larangan untuk sembelih lembu bunting. Malah, anak lembu dalam kandungan yang sudah mati selepas induknya disembelih juga boleh dimakan tetapi kalau masih hidup, ia wajib disembelih sebelum dimakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan JPV negeri mengeluarkan notis menguatkuasakan larangan menyembelih lembu bunting dan masih produktif bagi mengelak unsur kekejaman terhadap haiwan itu dan menjejaskan inisiatif meningkatkan populasi lembu serta bekalan daging pada masa depan.
Namun, larangan tersebut mendapat bantahan daripada kumpulan penternak, pemborong, peniaga dan penyembelih kerana ia boleh menjejaskan bekalan daging di pasaran, apatah lagi menjelang persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. [sumber]Jadi, hukumnya boleh makan kalau dah terkorban kan... Janin tu pun boleh makan, tapi atas sifat belas kasihan, kita tak sanggup nak makan sebenarnya... Sebab itu, sebaiknya korban atau akikah orang lebih cari lembu atau kerbau jantan...sebab takut kes macam ni la berlaku... Apa-apa pun, insha Allah binatang tu ke syurga Allah...

Thanks for reading: Hukum Korban Binatang Bunting

0 comment... add one now