KISAH JATUH BANGUN DR AZIZAN OSMAN YANG RAMAI ORANG TAK TAHU !!



Jatuh bangun hidup saya - Azizan Osman (Siri 1/3)

Catitan untuk: Usahawan atau pemilik perniagaan atau mereka Yang Ingin Meningkatkan Potensi Kekayaan & Kejayaan Perniagaan Mereka Samada Perniagaan Dari Rumah, Perniagaan Kecil, Sederhana atau Besar! Termasuk yang belum berniaga tetapi teringin berniaga!

Bagaimana Untuk Merubah Perniagaan Anda Menjadi Lebih Kaya & Berjaya Serta Menarik Lebih Ramai Pelanggan Dengan Strategi Kuasa Pemasaran Yang Terbukti Berkesan?

Saya bakal menunjukkan bagaimana perniagaan anda bakal menjadi "HURU-HARA" dengan menarik lebih ramai pelanggan, lebih tinggi jualan, lebih tinggi keuntungan dan lebih banyak aliran tunai! Rahsia yang membezakan di antara mereka yang berniaga dan telah berjaya dibandingkan mereka yang berniaga dan lingkup serta lingkup lagi atau "biasa-biasa" sahaja. Ini adalah rahsia ramai usahawan yang telah kaya & berjaya!

Boleh ke? Iye ke idak ler?

Mungkin anda cakap, "Aku dah berniaga bertahun-tahun, tapi tak pernah tengok pun jualan juta-juta ringgit?"

Atau anda akan cakap, "Aku berniaga kecil-kecilan, mana boleh kaya?"

Atau anda pernah dengar orang cakap, "Berniaga ni risiko tinggi, ramai yang bankrup sebab berniaga!"

Atau jiran sebelah rumah pernah cakap, "Takutlah berniaga, nanti rugi macamana?"

BENAR!! Mereka semua ini adalah BENAR!!

Sebab mereka ini adalah di antara mereka yang selama ini berniaga tetapi tidak ada mentor, ilmu dan tidak pernah belajar strategi perniagaan yang betul-betul berkesan! Ibarat tak pandai buat kek, tapi cuba nak buat juga kek yang paling sedap di dunia konon, boleh buat? Tapi, kalau anda telah belajar daripada guru pakar buat kek, nak tak nak, kek anda nanti "terpaksa" sedap bukan? Itu pentingnya berguru. Tetapi kalau anda belajar teori tentang perniagaan atau pemasaran di kolej atau universiti, ianya tidak sama, kerana ianya adalah teori dan diajar oleh pensyarah yang ada doktor falsafah tentang perniagaan atau pemasaran tetapi mereka sendiri belum pernah menjalankan perniagaan mereka dengan berjaya, macamana mereka nak ajar anda? Sebatang pen pun mereka tidak pernah jual. Betul?

Ok, anda pernah tak dengar statement bahawa 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan?

Statement ini ada betulnya tapi ada Tak Betulnya!!

Betul, 9/10 sumber rezeki yang banyak datangnya daripada perniagaan, tetapi TAK betul atau masalahnya ialah 9/10 daripada mereka yang berniaga PASTI GAGAL, rugi, kena tipu, produk tak terjual, orang tak nak beli dan macam-macam masalah lain!

Saya ulang semula: 9/10 Orang Yang Berniaga Pasti GAGAL atau RUG!!

Anda ingin tahu kenapa mereka rugi? Kerana mereka tidak ada mentor, ilmu dan strategi yang mudah dan berkesan yang telah digunakan oleh ramai peserta program "Marketing Power" saya.

Kepada Semua Anda Yang Baru Nak Berniaga atau Memang Berniaga atau Anda Yang Ingin "Meletupkan" lagi perniagaan anda:

Biar saya berkongsi dengan anda salah satu kes kegagalan dan kejayaan mereka yang pernah hadir seminar saya:-

Seorang lelaki bernama Shawal Akbar telah menyertai seminar saya pada bulan Feb 2010 di Shah Alam, ketika itu dia tidak mempunyai pekerjaan selama 7 bulan setelah berhenti kerja sebagai pengurus hotel terkemuka di Bali. Dia telah mencuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya Ijazah (UK). Tetapi disebabkan satu kelalaian yang menyebabkan dia kehilangan semua sijil-sijil dan surat-surat bukti pengalaman kerjanya, dia tidak mendapat kerja. Apa perasaan anda yang telah berkeluarga, tidak ada kerja untuk beberapa bulan dan telah mencuba temuduga demi temuduga serta mencuba untuk berniaga tetapi semuanya tidak menjadi? Tertekan bukan? Kecewa bukan? Sedih bukan?

Di mana "turning point" hidupnya? Ya, kehidupannya mula berubah setelah menghadiri satu program saya di Shah Alam!

Tetapi apa yang pastinya ialah ketika itu, Shawal tidak pasti dengan masa depan dia tetapi disebabkan ingin tahu adakah betul saya telah membantu perubahan hidup ramai orang, lebih daripada puluhan ribu orang dalam masa 3 tahun sahaja, boleh percaya ke mamat ni? Maka Shawal telah mendaftar dan melangkah masuk ke dalam seminar saya dibayarkan oleh adik iparnya serta dengan hanya ada RM10 sahaja duit di dalam poketnya!

Shawal tidak keluar menjadi kaya raya serta merta setelah keluar daripada kelas saya! Malah dia bertambah miskin! Ya! Dia bertambah miskin kerana dia telah mendaftar untuk program lanjutan saya yang telah terbukti membantu perubahan hidup ramai orang dalam masa yang pantas! Dia telah mendaftar atau menempah dirinya untuk "berguru" dengan saya. Masa itu dia tidak ada duit, tetapi dia daftar dan cari jalan untuk hadir progam lanjutan saya! Dia tahu yang dia mesti mendapatkan Mentor, Ilmu, Sistem atau strategi yang telah terbukti berjaya untuk merubah hidupnya!

Long story short, sebelum itu, Shawal tidak pernah mengecap kejayaan luar biasa di dalam mana-mana perniagaan, dia hanya orang "biasa-biasa" ketika itu.

Tetapi pada awal tahun 2011, hanya dalam tempoh lebih kurang satu tahun sahaja setelah mengikuti program-program saya, Shawal telah memiliki satu perniagaan pembuatan dan pengedaran makanan bihun dengan jenama "Bihun Sufi". Pelik tetapi benar, hanya dalam tempoh kurang daripada setahun, pengedaran bihunnya bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, tetapi telah mula dieksport ke Singapura, Indonesia dan Dubai! Gila ke apa? Tak! Tak gila lagi! Yang lagi gila ialah audited report untuk akaun syarikat Shawal bagi tahun pertama perniagaannya yang beroperasi kurang daripada satu tahun untuk tahun kewangan 2010 telah mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak lebih daripada 2 juta ringgit!!

Berapa ramai yang dah berniaga lebih 10 tahun, jangan kata RM2 juta, tetapi keuntungan RM200,000 setahun pun belum tentu ada bukan?

Susah nak percaya kan? Jangan percaya cakap saya atau sesiapa pun!

Anda juga boleh tonton kisah pengalaman kejayaan Shawal ini yang di wawancara di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O (NLKO), TV9 di laman web marketingpower.com.my.

Anda juga bakal bertemu "live" dengannya serta beberapa orang usahawan lain dari pelbagai bidang yang berjaya menggunakan ilmu, mentor dan sistem yang mereka pelajari daripada program saya dan telah berjaya!

Sebab tu saya cadangkan JANGAN PERCAYA! Jika anda serius untuk merubah hidup anda, jangan percaya apa yang anda baca atau dengar ini tetapi datang sendiri untuk tengok apakah potensi perniagaan anda atau bakal perniagaan anda?

Cuba tengok bagaimana saya boleh bantu anda untuk "meletupkan" perniagaan anda dengan strategi yang mudah dan berkesan? Apa yang Shawal buat sehingga hidupnya berubah dalam masa yang pantas? Apa yang saya ajar dia? Anda tidak akan tahu sehingga anda hadir dan dengar sendiri di dalam program lengkap saya "Advanced Marketing Power".

Shawal adalah salah satu contoh sahaja dan sebenarnya berpuluh ribu lagi kisah kejayaan yang kami boleh kongsikan kepada anda dan nescaya tidak cukup ruang untuk kami kongsikan! ..... bersambung



Jatuh Bangun Hidup Saya - Azizan Osman (Siri 2/3)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Saya Azizan Osman, kepakaran saya selama lebih 10 tahun di dalam bidang strategi dan projek pengiklanan, pemasaran dan promosi untuk syarikat-syarikat besar seperti Telekom Malaysia, Digi, TMNet, HSBC, SCB, WWF dan banyak lagi daripada seorang Eksekutif Pelatih Projek pada awal tahun 2001 dan dinaikkan pangkat kepada Pengurus Projek dalam masa 7 bulan setengah serta diberikan sebuah syarikat yang menjadi perniagaan saya dan terus naik pangkat berulang-ulang kali serta menerima pelbagai anugerah pencapaian antarabangsa di atas kejayaan saya menarik beratus ribu pelanggannya untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan syarikat-syarikat yang saya wakili telah menjadikan saya akhirnya Ketua Organisasi di Malaysia sebelum saya membuat keputusan untuk membina empayar perniagaan saya sendiri pada awal tahun 2008.

Tetapi, sebelum 2001, saya telah melalui sesuatu yang saya panggil sebagai "tragedi" kerana selepas habis belajar di universiti, saya berpeluang bekerja seketika sebelum membuat keputusan untuk "melompat" ke dalam dunia perniagaan kerana dek semangat yang berkobar-kobar. Secara faktanya, saya bukan daripada keluarga berniaga. Arwah ayah saya bekas kakitangan kerajaan dan ibu saya bekas guru yang berhenti seawal anak pertamanya lahir berpuluh tahun sebelum itu. Tidak ada sesiapa pun yang berjaya di dalam perniagaan di dalam lingkungan ahli keluarga saya.

Sebab itu, ianya adalah tidak pelik ketika saya suarakan hasrat saya untuk berhenti kerja dan berniaga, saya menerima tentangan yang sangat hebat daripada keluarga saya.

Disebabkan saya tekad untuk berniaga, saya teruskan niat saya dan saya telah melalui "zaman kegelapan" untuk beberapa tahun lamanya. Saya ingatkan berniaga adalah senang, boleh dapat banyak duit. Tetapi rupanya tidak. Saya telah melakukan pelbagai jenis perniagaan daripada menjual sabun, menjual kelapa, MLM, menjadi Ejen Unit Amanah, Insurans, membuat pembungkusan produk herba dan macam-macam lagi. Tetapi tidak ada satu pun yang menjadi. Saban hari saya terpaksa meminjam duit daripada mak saya dan kemudian dikejar "Ah Long" apabila saya meminjam daripada mereka untuk "modal pusingan".

Ini berlaku untuk beberapa tahun dan saya "kononnya" berniaga tetapi habuk duit pun tidak ada.

Berapa ramai daripada anda yang boleh faham situasi saya ketika itu? Tertekan, rasa gagal, rasa putus asa, rasa tidak adil dan macam-macam lagi perasaan negatif datang dalam diri.

Di mana "turning point" saya? Segalanya mula berubah apabila pada penghujung tahun 2000, saya berjumpa dengan kawan abang saya iaitu seorang ahli perniagaan berbangsa cina yang berjaya tetapi tidak pernah belajar di sekolah. Dia suka berkomunikasi dengan saya sebagai orang Melayu kerana saya pandai berbahasa cina dan dia tidak pandai cakap melayu. Dia telah membuka minda saya untuk berfikir (Setelah melingkup beberapa tahun dalam perniagaan), rahsia pertama kenapa dia berjaya. Rahsia inilah yang menjadi tonggak utama perubahan hidup saya. Dan Alhamdulillah kualiti hidup saya meningkat hari demi hari setelah saya praktiskan rahsia ini.

Berapa ramai daripada anda yang ingin tahu apakah rahsia pertama yang saya belajar yang telah merubah hidup saya?

Rahsia pertama yang saya telah pelajari yang telah merubah hidup saya dan ramai lagi "anak murid" saya ialah MENTOR. Mentor yang telah terbukti berjaya! Itulah perkara pertama saya lakukan selepas itu bermula tahun 2001 sehingga hari ini iaitu sentiasa mempunyai mentor yang lebih hebat daripada kita dan telah terbukti lebih berjaya daripada kita. Jangan buang masa belajar berniaga daripada mereka yang belum berjaya atau mereka yang hanya mengajar secara teori.

Hari ini, saya mempunyai 12 buah syarikat di Malaysia dan Singapura dibawah Kumpulan Richworks di dalam industri yang berbeza. Saya memiliki syarikat agensi pengiklanan saya sendiri, syarikat pengurusan korporat, perkhidmatan perakaunan dan percukaian, syarikat latihan dan pembangunan sumber manusia, syarikat pengurusan acara, syarikat rekacipta grafik dan multimedia, syarikat internet & teknologi serta terbaru adalah di dalam industri yang berkaitan dengan pembangunan hartanah atau lebih dikenali sebagai property developer.

Alhamdulillah, disebabkan kejayaan saya hari ini dan berdasarkan kegagalan saya lebih 10 tahun dahulu di dalam perniagaan, di mana dulu saya pernah berjanji untuk menyumbang ilmu dan pengalaman saya kepada mereka yang mahu mempelajarinya jika saya berjaya merubah hidup saya, maka saya telah membuat keputusan untuk membantu usahawan-usahawan lain yang ingin membina perniagaan mereka, maka lahirlah mereka lebih 120,000 orang yang telah mengikuti program-program seminar saya sejak tahun 2008 dan alhamdulillah telah berjaya meningkatkan perniagaan mereka dalam masa yang singkat.

Soalan, adakah anda mempunyai perniagaan? Atau anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan?

Saya pasti kebanyakkan anda sudah pun mempunyai sekurang-kurangnya sebuah perniagaan. Jika tidak pun tidak mengapa kerana lebih baik ada mentor dan ilmu di dalam perniagaan kerana ia akan memudahkan anda untk berjaya.

Tetapi adakah perniagaan anda berkembang seperti yang anda inginkan? Atau anda sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan perniagaan anda sehebat pesaing-pesaing yang lain dalam industri yang anda ceburi?



Kisah Jatuh Bangun Hidup Saya - Azizan Osman (Siri 3/3)

Sebagai seorang pemilik perniagaan, anda pasti mahu:
membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi
pelanggan tergila-gilakan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan
menambah kekayaan dan kejayaan menjana pendapatan berlipat kali ganda
setiap keputusan yang anda buat akan memberi keuntungan kepada perniagaan anda
perniagaan anda dikenali dan dapat dicari dengan mudah oleh bakal-bakal pelanggan

ANDA TAHU IA TIDAK MUSTAHIL UNTUK DICAPAI..
CUMA ANDA TIDAK TAHU BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF TERSEBUT TANPA TUNJUK AJAR PAKAR!

Seperti yang telah saya sebutkan di atas, 93% perniagaan LINGKUP kerana gagal menarik pelanggan! Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada peratusan tersebut?

Jika jawapan anda 'Tidak', ia adalah pilihan jawapan yang BETUL!

Oleh itu, mari kaji 10 masalah terbesar yang mungkin anda sedang hadapi sehingga menghalang potensi sebenar perkembangan perniagaan anda:
Tidak mempunyai niche perniagaan yang tertumpu
Tidak berfikiran jauh kerana sekadar berniaga kecil-kecilan
Tidak mempelbagaikan produk dan perkhidmatan
Tidak mempunyai jenama yang membezakan anda dengan pesaing
Tidak mempunyai 'pitch' yang boleh meyakinkan bakal pelanggan
Tidak tahu cara untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi
Tidak mempunyai perancangan sebenar untuk kembangkan perniagaan
Tidak/Kurang bertanya dan meminta bantuan pakar perniagaan berjaya
Tidak/Kurang menghadiri seminar-seminar pengurusan perniagaan
Tidak/Kurang membuat atau menggunakan teknik salah dalam promosi

Jika anda komited kepada perniagaan anda, anda pasti mahu lihat ia berkembang dan mampu menjana pendapatan yang lebih banyak dari apa yang anda peroleh waktu pada ini, betul tak?

Jadi JANGAN GUSAR jika masih tidak dapat memikirkan bagaimana anda boleh mendapat pulangan yang setimpal atau berlipat kali ganda seperti yang anda harapkan - SAYA ADA PENYELESAIANNYA!

SAYA INGIN BANTU ANDA BERJAYA DALAM PERNIAGAAN.

JANGAN PERCAYA CAKAP SAYA TETAPI DAFTAR SEKARANG UNTUK SERTAI SEMINAR!

Ada orang kata saya ini terlibat dalam sindiket MLM, ada pula orang kata saya ini khurafat bila satu ketika dahulu saya pernah bercakap tentang korelasi kajian tingkah laku manusia serta kaitannya dengan tarikh lahir, ada orang kata saya ini menipu. Itulah "harganya" bila kita mula dikenali orang bukan? Akan ada orang yang mula sakit hati dan PHD (Perasaan Hasad Dengki) mereka adalah sah dan jelas kelihatan walaupun mereka ini sebenarnya tidak pernah hadir program saya dan lebih rela membuat fitnah dan andaian. Ternyata bila ramai daripada mereka ini yang hadir ke dalam dewan-dewan seminar saya yang dibanjiri oleh ribuan manusia daripada semua latarbelakang professional, pengarah syarikat dan sehinggalah suri rumah, mereka ini dengan sendirinya akan lebih kenal dan memahami misi dan visi saya.

Tetapi AAK? Ada Aku Kisah? Alhamdulillah syukur saya telah melahirkan beribu-ribu usahawan dan jutawan di dalam pelbagai bidang tanpa menghiraukan fitnah & tohmahan mereka ini yang kadang-kadang latar belakang mereka adalah sangat hebat daripada universiti di timur tengah!

Siapa saya? Kenapa saya adalah orang yang paling layak membantu anda untuk berjaya?

Saya mungkin bukan orang paling layak mengajar anda, kerana anda mungkin memang telah berniaga dengan hebatnya. Mungkin hari ini pendapatan anda telah mencecah RM3-4 juta sebulan. Tetapi kejayaan saya bukanlah setakat telah membina kumpulan syarikat saya sendiri di dalam dan di luar negeri yang sedang progress ke arah mencapai tahap billion Insya-Allah dalam masa beberapa tahun ini tetapi kejayaan yang sebenar ialah bila kita dapat membantu kejayaan ramai orang lain, antaranya ialah membantu syarikat HR Marketing yang memasarkan produk jenama Hi-Goat membina jualan mereka dari RM5.5 juta sebulan pada bulan Jun 2010 ke lebih RM10juta sebulan dalam masa 4 bulan. Saya juga terlibat dengan projek usahawan "zero to million", di mana saya pilih mereka yang kosong, tidak ada perniagaan dan bantu mereka untuk touched the first million mereka dalam masa kurang daripada 6 bulan. Dan Insya-Allah, hari ini saya komited untuk membina 10,000 usahawan jutawan muslim sebelum 2015 ini melalui program latihan dan pembangunan usahawan yang saya sedang jalankan.

Biar apapun yang orang cakap sebenarnya adalah TIDAK PENTING! Apa yang penting adalah hasilnya bukan?

Biar apa pun orang cakap adalah tidak penting kerana ramai pula hanya pandai bercakap tetapi tidak ada hasil pun! Tong kosong!

Jika saya boleh membantu perniagaan anda dengan jaminan untuk mendapatkan jutaan ringgit jualan setahun seperti kes-kes di atas, berapakah yang anda sanggup bayar saya untuk mengajar anda?

Anda hadir program 3-hari Advanced Marketing POWER pada 30,31 Mac & 1 April 2012 ini dan nilai sendiri kepakaran saya sebagai satu-satunya Certified Licensed Guerrilla Marketing International Master Trainer For Asia yang diberikan kepada saya oleh pengasasnya Jay Conrad Levinson berdasarkan pengalaman dan kepakaran saya lebih 10 tahun di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan untuk syarikat kecil, IKS hinggalah ke syarikat antarabangsa. Anda bakal belajar bukan daripada orang yang baca teori dari buku, tetapi anda bakal belajar daripada orang yang merupakan usahawan yang berjaya, pemilik syarikat agensi pengiklanan, pakar strategi pemasaran yang hidup dalam bidang ini siang dan malam serta telah berjaya menguruskan portfolio pemasaran & pengiklanan untuk organisasi korporat hingga ke makcik Bedah yang bermula berniaga daripada rumah sehingga berjaya!

Sekiranya anda suka dengan ilmu serta pengalaman yang diberikan, anda mempunyai pilihan untuk terus "berguru" dengan saya lebih dalam lagi di dalam siri latihan dan mentoring yang ada kemudian nanti, jika tidak, its ok, paling kurang pun anda pernah hadir dibandingkan dengan mereka yang tidak pernah.

Semua program kami mempunyai jaminan kepuasan 100% Satisfaction With Money-Back Guarantee!

Yang membezakan anda dengan orang lain adalah tindakan anda hari ini. Hubungi kami sekarang di 019/013-2442244/019-2442400!

Apa yang anda akan pelajari:-
- Saya akan "operate" potensi anda serta keluarkan kebolehan anda untuk berniaga dengan jayanya
- Saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk membawa perniagaan anda dari kosong di rumah (jika anda mula dari rumah) hingga ia pergi ke taraf antarabangsa
- Saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuatkan pelanggan "mengejar" anda
- Saya akan tunjukkan bagaimana untuk memasarkan produk/ perkhidmatan anda dengan kos yang rendah, sangat- sangat rendah melainkan anda pemalas untuk bertindak langsung sahaja yang menyebabkan anda gagal
- Saya akan tunjukkan lebih 400 strategi pemasaran dari tanpa kos ke strategi yang lebih tinggi nilainya
- Saya akan bawa "live" peserta program saya yang bermula dari nothing dan menjadi "somebody" dalam sesi "hotseat" (Untuk anda peserta Diamond)
- Anda akan berpeluang untuk "network" dengan mereka yang dari pelbagai industri dan latar belakang perniagaan daripada yang belum ada bisnes sampai yang telah berniaga dengan ratusan juta jualan setahun.
- Banyak lagi!

Siapa Yang Perlu Hadiri Seminar Marketing Ini?
Mempunyai Perniagaan Sendiri Apatah Lagi Mereka Yang Belum Ada Perniagaan
Peniaga Kecil & Sederhana
Pengilang/ Pengeluar Produk
Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Syarikat
Pengurus & Eksekutif Bahagian Jualan & Pemasaran
Pengurus Agensi Atau Perunding Insurans/ Takaful/ Unit Amanah
Anda Yang Terlibat Dengan Networking/ MLM
Fund Raiser (Mereka Yang Terlibat Dalam Kerja Amal Mengutip Dana Atau Sumbangan Untuk Kebajikan)
Kerajaan Negeri- Bahagian Pelancongan/ Kementerian Pelancongan
Pendakwah (Pelajari Strategi Untuk Menyampaikan Mesej Kepada Kumpulan Sasaran)
Ahli Politik (Bagaimana Untuk Menarik Undi Yang Memihak Kepada Anda)
Doktor/ Peguam/ Kumpulan Professionals (Anda Sepatutnya Tidak Boleh Membuat Pemasaran Bukan? Pelajari Strategi Yang Sesuai Dengan Anda)
Bank-Bank/ Syarikat Telekomunikasi/ Industri Perhotelan & Syarikat-Syarikat Korporat

Hubungi kami sekarang di 019/013-2442244/019-2442400 untuk bertanya tentang program 3-hari kami Advanced Marketing POWER 2012 pada 30 Mac - 1 April 2012 di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur!

Tak Kenal Maka Tak Kenal. Program ini Insya-Allah telah membantu ramai usahawan untuk sangat berjaya dalam perniagaan mereka!

Jangan percaya cakap saya atau sesiapa sahaja, hadir dan nilaikan sendiri ilmu & sistem/ strategi yang akan diberikan!

Kuasa tindakan anda dan perubahan hidup anda adalah berpunca daripada keputusan serta tindakan anda sekarang! Orang yang gagal dan terus gagal, mereka akan sentiasa memberi atau mencipta alasan untuk tidak bertindak! Orang yang berjaya atau bakal berjaya, mereka cari jalan untuk mencapai apa yang mereka inginkan! Adakah anda winner or loser?

Dr.Azizan Osman
Founder & CEO,
Richworks Group of Companies &
Azizan Osman International Inc. Pt. Ltd.
Certified Licensed Master Trainer (Asia) Guerrilla Marketing International
richworks.com.my

0 comment... add one now