Nelayan Jumpa Mutiara Seberat 34KG Bernilai 100 Juta USD



Seorang nelayan tidak menyangka ianya adalah satu bentuk 'mutiara' yang mempunyai berat 34KG. Nelayan berasal dari kepulauan Palawan, Filipina terkejut apabila sebentuk batu itu dinilai sehingga 100 Juta USD.




Nelayan yang tidak mahu dikenali itu sudah menyimpan mutiara berkenaan selama 10 tahun sebagai good luck charm beliau.

Beliau tidak tahu langsung yang mutiara seberat 34kg itu boleh mencecah nilai USD100 juta. Patah jari kalau mutiara ini dijadikan batu cincin.

Pada awalnya, beliau tidak menunjukkan pada sesiapa pun mutiara itu tetapi selepas berlakunya satu kebakaran di rumahnya, beliau terpaksa berpindah.

Dan cuma selepas itu, mutiara itu ditunjuk kepada pegawai pelancongan di Palawan Island. Pegawai di sana sangat terkejut dengan penemuan mutiara sebesar itu.

“Kami sangat terkejut dengan mutiara itu. Kami sudah menghantar mutiara ini untuk mengesahkan kesahihannya dan berapa nilainya,” kata Aileen Cynthia Amurao, salah seorang pegawai pelancongan di Palawan Island.

Tuah manusia siapa yang tahu. Tidak pula diberitahu jika nelayan ini dapat menyimpan kesemua hasil jualan mutiara ini jika betul mutiara ini bernilai USD100 juta.

Tak sia-sia simpan mutiara ini selama 10 tahun.

Jadi, kalau anda pergi menyelam di laut, ada jumpa kerang cuba bawa pulang, untung-untung ada mutiara di dalamnya.

Bagaimana Mutiara Terhasil?


Tiram merupakan hidupan laut yang rupa 'buruknya' merupakan anugerah Tuhan yang begitu berharga kerana di dalamnya terhasil mutiara yang menjadi buruan manusia.

Kewujudan mutiara telah diketahui manusia sejak ribuan tahun, Sebelum Masihi di India, China dan Parsi.

Mutiara yang terhasil secara semula jadi sukar ditemui kerana hanya satu daripada ribuan tiram di laut akan berkembang menjadi mutiara.

Mutiara ini pula jarang memenuhi saiz, bentuk atau warna yang sama.

Harga mutiara asli (dasar laut) yang mahal memberi peluang kepada manusia bagi mencari satu kaedah agar semua orang boleh memakai mutiara, dalam masa yang agak singkat, dan dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

Justeru itu, terdapat beberapa syarikat yang telah mengambil inisiatif untuk menternak tiram (untuk penghasilan mutiara).

Mutiara daripada tiram yang diternak disebut sebagai mutiara air tawar (fresh water pearls) bagi tujuan komersial.

P/S : Kaya nelayan tuh..KEHKEH

0 comment... add one now