Rahsia Makcik Tua dengan Kencing Manis dan Darah Tinggi ini MENGEJUTKAN Doktornya selepas Diperiksa Kesihatannya

[One Hell of A Woman]




Ini adalah Wan R. Umur 93 tahun, memang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Macam biasa saya di klinik, hari ini bertugas di klinik untuk melihat pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Di depan pintu, datang seorang nenek tua, dengan tongkatnya, terbongkok berjalan tapi langkahnya tetap gagah.

Seperti biasa saya menyapa pesakit dan berborak dengan mereka.

Telinga wan dah tak berapa nak dengar, nak bercakap memang perlu menjerit, sambil menjerit tu saya belek-belek buku hijau Wan.

Dan data-data di dalam buku itu buat saya terkejut..

Tekanan darah.. Normal
Gula darah... Normal

Saya melihat lagi keputusan yang lain.

Kolestrol... Normal
Pemeriksaan air kencing... Normal
Fungsi ginjal..NORMAL
HBA1c... NORMAL

Saya lihat pula ubat-ubatan wan, semua ubat kencing manis dan darah tinggi wan memang dah maksimum dos.

Saya tanya kepada wan, apa rahsia wan boleh kekalkan semua kesihatan wan.

"Aishh, doktorrr, tiap hari wan makan ubat doktor tuuu, manaa pernah tinggal"

Buat saya cukup kagum dengan wan. Wan jaga pemakanan dia semampunya, dan wan tak pernah tinggal makan ubat yang kami berikan.

Orang kita selalu salah sangka, mereka kata makan ubat doktor kencing manis darah tinggi doktor ni nanti rosak buah pinggang.

Dan wan jadi bukti pada kita yang ubat kencing manis darah tinggi doktor ini TIDAK ROSAKKAN buah pinggang. Yang jadi rosak bila penyakit kita TIDAK TERKAWAL.

Wan makan ubat, jaga pemakanan, gula darah dan tekanan darah tetap normal, sebab itu buah pinggang wan tetap elok.

Dan saya belek lagi, dalam rekod 12 tahun dah wan makan ubat, makan di umur 80, ubat dah dos tertinggi yang dibenarkan dan tetap buah pinggang wan tak rosak.

Kerana apa, kerana ubat doktor yang masyarakat selalu takut itu BUKAN PENYEBAB BUAH PINGGANG ROSAK.



Tapi yang buat saya kagum dan terharu dengan wan, kerana percayanya wan dengan kami, mahu makan ubat. Allah balas kepercayaan wan, diberikan nikmat sihat atas usaha yang wan dah buat.

93 tahun, but still standing strong.

Saya banyak jumpa dengan orang hebat, punya pencapaian mereka yang tersendiri. Dan bagi saya, wan adalah salah seorang orang yang hebat itu

You're one hell of a woman




0 comment... add one now