Rayuan isteri pramugara MH370 ini buat Tun Mahathir buat Kami menitiskan air mata !!









Dia muncul sebagai peserta terakhir yang diberi peluang bertanya soalan kepada Tun Dr. Mahathir pada majlis dialog anjuran Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) di Subang Jaya di sini semalam.

Ketika bekas Perdana Menteri itu menerima soalan bertalu-talu daripada peserta sebelum itu seperti isu 1MDB, siapa pengganti yang sesuai jika Perdana Menteri meletak jawatan, Deklarasi Rakyat, pencen dengan aman, sistem pendidikan kebangsaan dan nasib 6,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad yang dibuang kerja, wanita ini tampil mengejutkan hadirin apabila dia memperkenalkan diri sebagai isteri pramugara pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Sebelum meneruskan soalan, Intan Maizura Othman, 36, sempat memohon maaf kepada Dr. Mahathir dan hadirin kerana dia tiba-tiba berasa agak gementar.

Barangkali dengan kekuatan semangat waris lain yang hadir, Intan mengagahkan dirinya juga dengan mula bertanya soalan dengan lancar.

Namun dia akhirnya tewas dalam rayuannya kepada Dr. Mahathir apabila tangisan dan sebak mula menguasai diri sambil tokoh negarawan itu memandangnya sayu dan sesekali menganggukkan kepala kepada setiap butir ayat yang dilontar.

"Saya percaya Tun ramai kawan-kawan, kabel besar agaknya. Boleh tak Tun kongsi kat mana kapal itu Tun? (menangis). Apa jadi dengan kapal itu?

"Kami waris-waris hanya mahu kebenaran. Tak ada siapa pun yang hendak beritahu apa yang sebenar berlaku. Kami sudah penat panjat turun tangga.

"Sudah jumpa menteri, polis. Anak saya masih sampai sekarang bertanya? Kubur bapa dia di mana? Kalau Tun ada info, tolonglah beritahu saya dan waris lain," katanya dalam nada getar sebelum mengucap terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana sudi mendengar.







Ibarat seorang ayah yang menasihati anaknya, Dr. Mahathir tenang menjawab rayuan Intan itu dengan penuh berhati-hati.

"Kita sedar dalam kehidupan terpaksa hadapi kehilangan secara kekal iaitu kematian.

"Bila kita dapati ahli keluarga kita meninggal dunia, nak tak nak kita kena terima hakikat.

"Tapi dalam keadaan kita tidak tahu, sudah meninggal ke atau hilang? Itu yang buat kita rungsing. Sebab itu ramai waris MH370, mereka tidak senang hati.

"Jadi mereka tidak boleh fikir dengan sempurna nasib penumpang MH370.

"Saya sedar kalau saya kata mereka sudah tidak ada, saya tidak tahu tapi mungkin saya tidak betul.

"Tapi saya berpendapat, kalau sudah lama cari dan tidak jumpa, saya fikir kita terpaksa terima hakikat seperti kematian yang lain.

"Baru lega sikit pemikiran kita. Waris kena terima hakikat. Kalau Allah SWT bagi dia balik, dia balik. Kalau tidak balik, apa lagi yang boleh buat.

"Cuma minta maaf cakap, yang jumpa serpihan-serpihan itu, saya tidak percaya," katanya.

– MalaysiaGazette

0 comment... add one now